hidangan yang ada di restoran Shell Out ini memang buat kita telan air liur. bayangkan banyak macam jenis seafood ada udang, sotong, kerang dan banyak lebih yang dihidangkan dengan sambal menunggu masa untuk kita makan. tapi bila makan di restoran Shell Out selalu kena beringat juga maklumlah mahal.
Shell Out paling sedap bila dimakan beramai-ramai tapi bagi mereka yang tak biasa mungkin rasa macam tak berapa sopan. tapi bagi orang kampung macam saya ini makan beramai-ramai sangat menyeronokan sebab saya dari masa kecil sudah diajar makan berkongsi dari hal kecil.
hari ini saya tak nak banyak cakap , saya ingin kongsikan resepi shell out seafood yang sangat sedap, bila anda sudah cuba makan resepi yang saya share ini pasti juga bersetuju. sebenarnya dah lama saya ingin cuba buat shell out sendiri sebab banyak orang cakap kalau masak sendiri lebih mudah.
untuk resepi shell out yang saya kongsikan ini anda boleh gunakan apa-apa sahaja makanan laut yang anda suka. tapi jangan campurkan ayam atau daging sebab namanya shell out, mestilah makanan laut. jom kita layan resepi shell out seafood sedap dibawah :
Resepi Oleh : Auntie Nani
Rujukkan Oleh : Mama To Eryna
Bahan Makanan Laut
Resepi Oleh : Auntie Nani
Rujukkan Oleh : Mama To Eryna
Bahan Makanan Laut
- Sotong
- Lala
- Udang
- Ketam
- Kerang
- Kupang
- Remis
- Pepahat
# semua bahan makanan laut ini dicuci hingga bersih kemudian rebus secara berasingan dengan air yang sudah dicampur dengan sedikit garam. rebus jangan lama-lama lebih kurang 5 - 10 minit. lepas tu bila dah masak angkat dan ketepikan.
Bahan Sayuran
- Brocoli - potong kecil
- Carot - hiris bulat
- Jagung Manis - potong 3 bahagian
- Bunga Kubis - potong kecil
- Kentang - potong kecil
# didihkan air dengan dicampur dengan sedikit garam kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali jagung dan kentang tu kena rebus hingga empuk.
Bahan Tumis
- 10-15 biji cili padi - hiris halus
- 7 ulas bawang merah - hiris halus
- 5 ulas bawang putih - hiris halus
- 2 batang serai - dititik
- 5 tangkai daun kari - lurut daunya sahaja
- Minyak secukupnya untuk menumis
- 1 inci halia - hiris halus
- 1 sudu besar Butter
Bahan Kisar
- 15 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 20 - 25 tangkai cili kering - buang biji dan rendam lembut
- 1 inci belacan
- 1 genggam udang kering - rendam lembut
- 2 labu bawang besar
- 1 inci halia
# satukan semua bahan bersama sedikit minyak masak dan air kemudian kisar hingga halus
Bahan Perasa
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos kari ikan
- 3 sudu besar sos ikan
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan Resepi Shell Out
1. mula-mula panaskan butter bersama minyak dalam kuali kemudian masukan semua bahan tumis dan tumis bahan tadi hingga harum. bila sudah harum masukan bahan kisar dan masak kembali hingga garing. bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
2. lepas tu masukan juga bahan perasa mulakan dengan rempah kari kemudian masak sekejap hingga garing dan masukan sos ikan, sos tiram, serbuk lada hitam, kiyub ayam bersama gula dan secubit garam. kerana sos tiram dan sos ikan dah masin sebaiknya tambahkan garam secubit sahaja.
3. masak kembali dan biarkan kuah hingga merenih. bila sudah merenih angkat dan masukan ke dalam periuk lain. tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali dan panaskan kembali dan masukan kupang kemudian masak sekejap dan angkat.
4. panaskan lagi 1 senduk besar kuah dan masukan ketam, masak sekejap dan angkat. panaskan kembali 1 senduk besar kuah kemudian masukan brokoli, bunga kubis, sotong, udang, dan karot masak sekejap dan angkat. jadi masak seafoodnya berasingan.
5. untuk jagung dan kentang tak masak dengan kuah biarkan sahaja direbus begitu dan Shell Out siap untuk dihidangkan. paling sedap bila dimakan beramai-ramai.
bagaimana mudah kan resepi shell out yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa diresepi sedap selanjutnya.
No comments:
Post a Comment