Wednesday, October 25, 2017

Resepi Kek Coklat Lapis Cheese Kukus Sedap

Resepi Kek Coklat Lapis Cheese Kukus

Resepi Kek Coklat Lapis Cheese Kukus


selain rasanya moist kek ini juga sangat mudah dibuat dan tak usah berlama-lama jom kita layan resepi dibawah:

(Loyang 8x8x3 inchi)

Bahan Cheese
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 sudur tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
Cara Penyediaan
Resepi Kek Coklat Lapis Cheese Kukus

#1: pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati
#2: selepas tu masukan telur, tepung gandum, dan air kemudian pukul dan gaul sehingga sebati, biarkan sekejap.

Bahan Kek
  • 3 sudu besar serbuk koko @
  • 1 sudu kecil baking soda @
  • 1 cawan tepung gandum @
  • 1/2 sudu kecil baking powder @
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak masak/ jagung
  • 1/2 cawan susu cair/ segar
  • 1/2 cawan air panas didih
  • sedikit garam
Cara Penyediaan

#1: semua bahan yang bertanda (@) disatukan dan diayak dulu

#2: siapakan bekas lain kemudian pukul telur bersama gula sehingga berkembang dan setelah kembang masukan garam dan vanila.

#3: masukan susu, minyak, dan air panas. kemudian masukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, dan baking soda yang telah di ayak tadi dan gaul sehingga sebati.

#4: biarkan sekejap kemudian bahagi pada 2 bahagian. bahagikan pada 2 bahagian

Cara Membuat Kek Coklat Lapis Cheese

#1: panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya dan gunakan api sederhana sahaja.

#2: sapukan sedikit minyak masak atau margerin di sekeliling bahagian loyang dan alas dengan kertas minyak. kemudian tuang adunan coklat dan tutup loyang dengan aluminium foil. kukus selama lebih kurang 20 minit.

#3: buka aluminium foil kemudian kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula gunakan aluminium foil dan kukus kembali selama lebih kurang 15 minit.

#4: selepas tu, tuang lagi adunan coklat selebihnya dan tutup lagi guna aluminium foil. kemudian kukus kembali lebih kurang 20 minit.

#5: bila dah masak boleh lah di angkat dan bila dah benar-benar sejuk potong dan hidangkan.
Resepi Kek Coklat Lapis Cheese Kukus


No comments:

Post a Comment