Cotton japanese cake (Loyang 8 inci)
Bahan A:
- 250g cream cheese
- 50g butter
- 100 ml susu segar (fresh milk)
- 6 biji kuning telur
- 1 sudu besar jus lemon
- 1/4 sudu teh garam
- 1 cawan tepung kek/tepung superfine
- 2 sudu besar tepung jagung
(*kalau guna tepung gandum tambah 1 sudu teh baking power dan setengah sudu teh soda bikarbonat)
Bahan B:
- 140g gula (gula halus)
- 6 biji putih telur
- 1 sudu teh cream of tar tar
Cara-cara :
- Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
- Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.(telur putih jangan bagi kena air walaupon setitik.)
- Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue (bertanduk).*Kalau terbalikan bekas ,adunan tak jatuh * ketepikan*
- Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi
- Campurkan tepung, tepung jagung, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati. (Tepung pastikan diayak terlebih dahulu)
- Campurkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan tepung yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
- Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).
No comments:
Post a Comment