Wednesday, October 25, 2017

Resepi Kuih Talam/ Lapis Pandan dan Gula Merah Sedap




Kuih Talam Pandan
Resepi Kuih Talam Pandan


bagi peminat kuih talam pandan macam ni bolehlah mencuba resepi yang saya share dibawah ini, jom kita lihat resepinya.

Bahan Lapisan Bawah Hijau (A)

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan cair + sikit garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 sb air kapur
  • 5 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
  • 1 cawan gula

Bahan Lapisan Atas Putih (B)

  • 3 cawan santan
  • 1/3 cawan tepung beras
  • 4 sb tepung jagung
  • sedikit garam
Cara Penyediaan


1. satukan semua bahan lapisan bawah (A) kacau hingga bergentel dan tapis. dengan api sederhana masak sekejap dan kacau rata hingga gula hancur atau naik wap.

2. siapkan acuan kemudian sapukan minyak kemudian kukus hingga masak lebih kurang 30 minit bergantung saiz bekas.

3. campurkan semua bahan B dan kacau rata kemudian masak dengan api sederhana hingga naik wap. kemudian bila sudah masak tuangkan campuran bahan B ke atas campuran bahan A, dan kukus lagi hingga masak.

4. agar menghasilkan permukaaan yang cantik dan rata boleh gunakan kain sebagai penutup kukusan.

5. akhir sekali, bila sudah masak bolehlah angkat dan biarkan hingga benar-benar sejuk barulah boleh dipotong.

Kuih Talam Gula Merah
Resepi Kuih Talam Gula Merahsebenarnya cara memasak talam pandan dan talam gula merah sama sahaja yang berbeza mungkin hanya beberapa bahannya sahaja. jom kita tengok resepi dibawah ini.

Bahan Lapisan Bawah 

  • 1 cawan gula merah  
  • 1 1/2 cawan gula
  • sedikit air
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 4 1/2 cawan air
  • sedikit air kapur
Cara Cara


1. masak gula putih dan gula merah bersama sedikit air kemudian selepas tu sejukan

2. bancuh tepung beras dan sedikit air kapur dengan air kemudian kacau hingga larut dan tapiskan kedalam periuk. selepas tu masak dengan api sederhana hingga agak pekat

3. siapakan loyang yang telah disapu minyak dan tuangkan semua bahan diatas (no. 1 dan 2) tadi kemudian kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.

Bahan Lapisan Atas

  • 3 cawan santan
  • 1 cawan tepung beras
  • sedikit garam
Cara-Cara

1. satukan semua bahan dan tapis. dengan api sederhana masak bahan tadi hingga agak pekat.

2. akhir sekali, bila sudah agak pekat tuangkan perlahan-lahan menggunakan senduk diatas bahan lapisan bawah. kemudian kukus hingga msak lebih kurang 30 minit.

3. biarkan hingga sejuk kemudian potong-potong.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kuih lapis atau talam pandan dan gula merah yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

No comments:

Post a Comment