Bahan-bahan Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur;
1 tin susu cair (250 mL)
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar susu pekat.*boleh adjust sukatan kalau nak manis lagi/kurang manis
1 peket biskut oreo (*cik tom beli cream o sebab ada sale RM2 je. hihi)
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar susu pekat.*boleh adjust sukatan kalau nak manis lagi/kurang manis
1 peket biskut oreo (*cik tom beli cream o sebab ada sale RM2 je. hihi)
Cara-cara Masakan Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur;
- Masukkan susu cair, ovalette, esen vanilla ke dalam blender @ mixer. Blend selama 10 minit atau sehingga aiskrim kembang 2x ganda.**ciktom guna blender cornell ni enjin tahan boleh blend. kalau guna blend biasa better blend 5 min off then 5min. Risau enjin panas dan cepat rosak.
- Dah kembang masukkan 6 keping biskut oreo yang dipatah2kan beserta susu pekat dan blend sehingga sebati.*amik sikit rasa manis ke tak adunan aiskrim ni. kalau rasa tak tambah la lagi sukatan susu. kalau kira biskut oreo tu pun dah terlajak manis!
- Ambil baki biskut oreo dan patahkan/ tumbuk kasar2 dan gaulkan dalam adunan aiskrim. *Baru feel makan aiskrim ada gigit2 ketulan oreo jugak kan.
- Masukkan adunan aiskrim ke dalam acuan aiskrim. *sebagai hiasan tabur la sedikit oreo atas aiskrim.
- Sejukkan adunan aiskrim di dalam freezer bahagian sejuk beku semalaman.
- Siap untuk dimakan!
No comments:
Post a Comment