Wednesday, October 25, 2017

Resepi Cara Buat Teh Tarik Sedap

Cara Membuat Teh Tarik Sedap

padahal saya pernah tengok macam mana mereka buat biasa saja teh, susu air panas, kacau-kacau dan tarik. memang ramai orang pandai buat teh tarik tapi tak ramai yang pandai buat rasa original teh tarik yang sama macam dikedai-kedai mamak.

saya sendiri biasanya bila teringin minum teh tarik yang sedap mesti pergi ke kedai mamak bahkan sudah menjadi rutin harian sebab saya sudah ketagih rasa teh tarik mamak. tapi selepas saya tahu rahsia resepi yang sedap saya tak perlu lagi kesana kerana saya boleh buat sendiri dirumah.

mesti anda juga ingin boleh buat sendiri dirumah kan? jom kita layan resepinya dibawah

Bahan-Bahan

  • susu pekat dan susu cair
  • serbuk teh
  • air secukupnya
  • secubit garam
  • periuk
Cara Penyediaan

1. mula-mula masukan air kedalam periuk bersama teh dan susu kemudian masak hingga menididih atau air menjadi pekat dan wangi teh mulai naik.

2. rasakan air teh dan sesuaikan manisnya kemudian masukan secubit garam, selepas tu padamkan api dan tuangkan teh tarik kedalam cawan sebelum dihidangkan.

mesti anda bertanya apa bahan rahsia itu? bahan rahsia itu adalah secubit garam, sebab secubit garam dapat memberikan rasa lemak-lemak pada teh dan lebih sedap. tapi ingat bahan rahsia ini jangan bagi tahu ke orang lain ya.

okay, itulah cara membuat teh tarik sedap yang saya kongsikan untuk anda pembaca setia maisarahmohammad98.blogspot.com dan smapai jumpa di entry selanjutnya.

No comments:

Post a Comment