Bahan-Bahan
- 6 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu teh ekstrak vanilla
- 1 1/2 cawan tepung serba guna
- 1/4 cawan serbuk koko tanpa gula
- 1 sudu makan cuka putih
- 1 cawan kopi yang dibancuh atau 1 1/2 serbuk teh ekspreso dicampur dengan 1 cawan air suam
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu kecil baking soda
Aising Cupcake
- 3 sudu besar susu
- 4 sudu besar mentega
- 1 1/2 cawan gula serbuk
- 1 sudu besar ekstrak vanila
- 1/3 cawan serbuk koko tanpa gula
Cara Penyediaan Cupcake Coklat
#1: panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius kemudian sediakan muffin pan dengan pelapis cupcake.
#2: campurkan gula, baking powder, serbuk koko, tepung, dan garam sehingga sebati. kemudian sediakan bekas berlainan dan masukan ekstrak vanila, minyak zaitun, cuka, air serbuk kopi.
#3: tuangkan bahan-bahan basah ke bahan-bahan kering kemudian kacau sehingga sebati dan juga berketul-ketul.
#4: selepas tu pindahkan adunan ke bekas cupcake, kira-kira 2/3 daripada ketinggian wadah cupcake dan masukan ke dalam ketuhar, bakar selama lebih kurang 20 minit.
#5: periksa memakai garpu dan bila cucukan bersih tiada baki yang tertinggak tandanya dah masak. keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 4 minit.
Aising Cupcake Coklat
#1: ketika cupcake sedang dibakar, bonda boleh sediakan aising. cairkan mentega gunakan periuk kecil dan keluarkan bila mentega dah cair. kemudian campurkan koko dan pukul sehingga sebati.
#2: masukan 1/3 gula dan setengah susu kemudian kacau dan pukul berterusan. selang-seli campurkan adunan dengan vanila, gula dan susu.
#3: pukul sehingga adunan licin dan sebati. jika adunan terlalu likat tambahkan susu dan vanila. bila adunan terlalu licin tambahkan gula.
#4: pindahkan aising pada cupcake coklat dan sejukan. kemudian hias cupcake coklat
No comments:
Post a Comment