Bahan-Bahan
- 125 gm tepung gandum
- 100 gm butter - saya gunakan jenama anchor
- 300 gm dark chocolate - saya pakai jenama beryls
- 3 biji telur size A
- 100 gm gula perang - bila ingin gunakan gula castor kurangkan menjadi 80 gm sahaja.
- 1 tsp esen vanilla
- 1/4 cawan white chocolate chips
- 1/4 cawan chocolate chips
- 1/2 tsp garam
Cara Penyediaan
1. panaskan oven bersuhu 160' C kemudian potong butter dan coklat bar menjadi bahagian kecil-kecil dan cairkan bahan tadi dengan kaedah Double-Boiler sampai benr-benar cair, bila dah cair angkat dari api.
2. masukan gula kedalam bahan tadi dan kacau sebati kemudian masukan esen vanilla, masukan telur sebiji demi sebiji. setiap sebiji masuk kacau sekejap menggunakan senduk.
3. masukan garam bersama tepung kemudian kacau. kemudian masukan chocolate chips dan simpan sedikit untuk tabur diatas nanti.
4. tuang dalam acuan yang digris kemudian diletakan kertas alas. kertas alas bagi lebih sedikit ke atas supaya senang bila tarik brpwnies dari acuan. kemudian taburkan sisa chocolate chips diatas adunan tadi. anda boleh menambahkan almond atau walnut jika suka.
5. akhir sekali, bakar adunan dalam oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. tetapi, jangan terlebih masak kerana nanti agak kering dan tidak sedap.
6. brownies siap dihidangkan tetapi bila ingin lebih sedap simpan di dalam freezer dan makan keesokan harinya.
sebenarnya, resepi chocolate brownies kedut ini berasal dari teman saya, tapi sudah saya ubahsuai sikit agar sesuai dengan selera saya. okay, sampai jumpa lagi di entry sedap selanjutnya dan bila anda mahu boleh share resepi ini pada sosial media dibawah.
No comments:
Post a Comment