Friday, October 20, 2017

Resepi Nutella Malaysia

aiskrim nutella malaysia

Aiskrim Nutella Malaysia

Fuhhh fenomena sekarang ni aiskrim malaysia pelbagai jenis. Ada aiskrim sumi la, aiskrim coki-coki la, aiskrim agar-agar la. Bagus rakyat Malaysia ni. Kreatif dan inovatif. Hihi…
SAJI pun tak mahu lepaskan peluang untuk mencuba aiskrim ni. Memandangkan SAJI malas nak pergi kedai beli sumi ke coki-coki ke, SAJI pun buatlah guna Nutella (sebab itu je ada..haha). Senang saja nak buat aiskrim ni. Tak payah stress sangat fikir. Jom tengok step by step kat bawah ni;
aiskrim nutella malaysia 001
Aiskrim Nutella Malaysia
Bahan-bahan yang diperlukan;
  • Plastik aiskrim (yang ni paling penting, kalau tak ada tak jadilah aiskrim Malaysia)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • Nutella
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 4 tin air masak (guna tin susu je untuk sukat)
aiskrim nutella malaysia 002
aiskrim nutella malaysia
Mula-mula, masukkan nutella ke dalam plastik aiskrim guna pisau plastik. Kuantiti terpulang pada korang. Nak sedap, letaklah banyak.
aiskrim nutella malaysia
aiskrim nutella malaysia
Kemudian, ambil periuk besar dan tuangkan semua bahan-bahan tadi.
aiskrim nutella malaysia
aiskrim nutella malaysia
Gunakan hand whisk untuk kacau untuk elakkan adunan melekat. Masak sehingga mendidih dan tutupkan api. Biarkan sejuk seketika.
aiskrim nutella malaysia 005
aiskrim nutella malaysia
Tuangkan adunan aiskrim tadi ke dalam jug bermuncung supaya mudah untuk tuang ke dalam plastik aiskrim.
aiskrim nutella malaysia
aiskrim nutella malaysia

No comments:

Post a Comment