Wednesday, October 25, 2017

Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap dan Lembut

Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 keping gula melaka
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil kapur - bancuh dengan air
  • 7 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 cawan tepung ubi
Bahan Lain
  • Kelapa Parut Muda
  • Sedikit Garam
Cara Penyediaan

1. masak air dengan gula melaka, daun pandan, gula merah, dan gula pasir hingga mendidih dan sedikit pekat kemudian sejukan sehingga agak agak air gula sulam

2. masukan tepung gandum bersama tepung ubi yang telah disatukan kedalamnya dan kacau sebati. rasakan sedikit adunan dan bila belum manis boleh tambahkan gula pasir. selepas tu, masukan air kapur dan kacau rata dan tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

3. panaskan periuk pengukus dan masukan loyang dan setelah loyang panas tuang adunan kedalam loyang. dan kukus hingga masak lebih kurang 45 minit. 

4. sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala dan bila kuih sudah masak boleh buka penutup pengukus dan agar air dipermukaan kuih cepat mengering kukus tanpa penutup seketika.

5. akhir sekali, bila sudah kering angkat dan sejukan dan setelah betul-betul sejuk, baru dipotong. untuk menyediakanya balut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

No comments:

Post a Comment