Wednesday, October 25, 2017

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Lembut dan Sedap

Resepi Kuih Keria Gula Melaka
Bahan-Bahan

  • 700 gram kaledek kaler oren 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula melaka - hiris
  • 1 camca besar gula pasir
  • 1/4 cawan air
  • 1 camca teh penuh baking powder - serbuk penaik
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. kupas kulit kaleder kaler oren kemudian dipotong kiub besar dan rebus kaledek tadi kemudian masukan garam dan biarkan hingga empuk. toskan dan lecek hingga halus. selepas tu biarkan sekejap hingga suam.

2. gaul tepung dengan baking powder dan masukan kedalam kaledek yang telah di lecek tadi. gaul sebati sampai menjadi adunan yang lembut kemudian ketepikan.

3. sediakan dulang dan alas dengan plastik bersih, kemudian ambil sedikit adunan tadi bulat-bulatkan dan tekan sedikit biar leper. untuk membuat lubang ditengahnya cucukan dengan jari selpas tu kemaskan dan taruh diatas dulang tadi.

4. panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng terendam dan goreng kuih keria tadi hingga keemasan. bila sudah keemasan angkat dan toskan minyak.

5. dalam kuali tadi keluarkan semua minyak dan masukan gula melaka bersama air dan gula pasir. gunakan api sederhana dan kacau hingga gula larut. biarkan memasak hingga gula berwarna pekat dan berbuih.

6. masukan kuih tadi ke dalam gula larut dan gaul hingga larut. masa ini kuih keria akan melekat-lekat tapi takpe. terus memasak hingga gula meresap ke dalam kuih keria.

7. akhir sekali, terus memasak dengan api kecil dan bila kuih telah kering bolehlah matikan api dan angkat dan pisah-pisahkan kuih yang melekat tadi dan biarkan hingga sejuk. bila sudah sejk kuih keria siap dihidangkan.

bagaimana mudah je kan resepi kuih keria gula melaka yang saya kongsikan. bila anda sudah biasa memasak kuih ini rasanya pasti akan lembut dan sedap. okay, sampai jumpa di resepi berikutnya.

No comments:

Post a Comment