Friday, November 4, 2016

RESEPI WAFFLE

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering atau guna instant yeast
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Full Cream Milk)
1 biji telur dalam suhu bilik.
1 sudu besar esen vanila
1/2 cawan Air suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
Cara Membuat:
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair.
2. Bila adunan sudah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil itu, panaskan waffle maker.
3. Tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker secara pelahan-lahan.
4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan, tunggu 5-10 saat terlebih dahulu. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle lebih sekata dan terhasil dengan cantik dan tidak melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker.
5. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan).
7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa sahaja mengikut citarasa anda.

PERSEDIAAN KE ALAM UNIVERSITI

List barang diri sendiri :
  • Dompet (kad pengenalan , ATM , lesen
  • Handphone + earphone + pendrive + charger
  • Baju lengan pendek + lengan panjang
  • Seluar jeans + slack + sukan + pajama
  • Kain 
  • Kasut jalan + kasut kuliah + kasut sukan + selipar + sandals
  • Tudung bawal + shawal + tudung sarung
  • Anak tudung + inner neck 
  • Pakaian dalam 
  • Keronsang + jarum peniti
  • Stokin kuliah + stokin jalan
  • Inner kain + inner baju (hitam putih , nak warna warni pun bawak jerrrr)
  • Sweater + cardigan
  • Handsock
  • Bedak + lip bam + lipstik + eye liner + eye shadow + losyen + minyak wangi
  • - cekak + sepit rambut + getah rambut + sikat rambut
  • - jubah + baju kurung + blouse
  • - beg jalan + beg kuliah
  • - jam tangan + jam loceng (masa itu emas , jam tangan bawa yang murah saja)
  • - tabung (penting , gst dah ada... kena pandai menabung okay? ) :p
  • - tali pinggang
  • - cermin mata + bekas cermin mata


List barang bilik air :
pad (pakailah jenama kotex , hihi)
- sabun + sabun basuh baju (softlan)
- baldi + gayung
- berus + berus badan
- berus gigi + ubat gigi
- shampoo
- towel
- kain batik
- pencuci muka 
- shaver
- deodorant

List barang tidur :
- bantal
- cadar tilan + cadar bantal + selimut + stokin
- patung + teddy bear + bantal busuk + bantal peluk and "whatever" :p
- * minyak wangi almari + minyak wangi meja
- baju tidur + baju kelawar + pajama

List barang belajar :
buku nota
- testpad (beli banyak-banyak)
- pensil + pen + highlighter + gunting +  pembaris + pemadam + liquid paper + gam + 
  stapler +      seletip 
- pembalut meja/pembalut hadiah (X5 or extra)
- paku tekan
- kalkulator (bawa dua)
- kamus dwibahasa

List barang solat :
- Telekung 
- Sejadah
- Al- quran
- Al- mathsurat
- Yassin

List barang tambahan :
minyak wangi almari + minyak wangi meja 
- tisu kotak + tisu tangan
- cotton bite + pencungkil gigi
- mug 
- sudu + garfu + pinggan + tupperware + botol air
- hanger + penyepit baju + iron 
- makanan ( maggie , gula-gula dan sebagainya.....)
- minyak + ubat-ubatan (panadol *penting*)
- pengetip kuku
- heater
- kain buruk (kena kemas-kemas)
- tikar getah / tikar plastik


Tips masuk matrikulasi : 
- JANGAN ponteng kelas/kuliah
- STUDY before pi kelas ( pergi jumpa lecturer)
- STUDY lepas kelas
- FOKUS (bawa air masak bersama )
- TANYA LECTURER kalau korang tak faham ( aku sentiasa buat zaman SPM dulu :3 )
- BUAT TUTORIAL (kelas latihan dengan lecturer korang ker , rakan sekuliah korang ker)
- BUAT LAWATAN UNIT (yang ni aku tak faham XD )

RESEPI KEK KEJU JEPUN


Bahan-Bahan:
7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
Cara Membuat:
1. Guntingkan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan. Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue (bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati.
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter. Letak loyang dalam bekas berisi air panas.
9. Panaskan oven. Kemudian, bakar selama 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing

AISKRIM MUDAH,MURAH DAN SEDAP

Apa yang menariknya semasa saya mula mencari resepi aiskrim, saya dapati di Malaysia ini sebenarnya terdapat pelbagai jenis aiskrim yang boleh dinikmati. Dari aiskrim komersil biasa sehingga aiskrim yang tradisional. Antara aiskrim-aiskrim yang boleh didapati di Malaysia adalah:
  1. Aiskrim Komesil (Eg: Walls, Baskin Robbin dll.)
  2. Aiskrim Kon
  3. Aiskrim Malaysia
  4. Aiskrim Goyang
  5. Aiskrim Pasu
  6. Aiskrim Goreng
  7. Aiskrim Gulung langkawi
Berbalik kepada bab cara nak buat aiskrim sendiri. Resepi ini saya dapat daripada pelbagai blog dan saya pilih yang paling senang untuk saya ikut.

1. Cara Buat Aiskrim Sendiri ala-ala Baskin Robbin.

Kalau nak beli aiskrim Baskin Robbin sangatlah mahal. Untuk buat aiskrim sendiri ini kita perlukan:

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
1 biji telur
Sedikit Essence Vanilla
1 sudu besar Ovalett / Emulsifier
Perasa yang dikehendaki (Contoh : Milo, strawberry dll.)

Cara buatnya:

Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalett dan esen vanilla ke dalam pengadun (mixer). Kemudian mix dalam masa 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi naik dan menjadi krim pekat. Kemudian campurkan dengan perasa yang kita mahukan. Nak perasa coklat boleh tambah milo atau vico sikit. Selepas itu kacau campuran krim dan milo sehingga sebati.

Dah sebati, masukkan dalam bekas dan masukkan dalam freezer sehingga keras. Siap!




2. Cara Buat Aiskrim Kon

Ok, secara asasnya sama sahaja caranya nak buat aiskrim seperti resepi di atas. Cuma yang membezakannya adalah di makan dengan kon aiskrim ;-)

3. Cara Buat Aiskrim Malaysia

Masa saya kecil dulu ramai orang yang menjual aiskrim Malaysia sama ada di kedai ataupun dijual di rumah. Cara buat aiskrim Malaysia juga sangat mudah. Cuma perlukan plastik yang berbentuk panjang tu. Perasa juga boleh diolah mengikut kegemaran masing-masing.

Tetapi ramai yang ada masalah dengan tekstur aiskrim Malaysia kerana jika salah buat aiskrim anda akan keras seperti ais dan tidak seperti aiskrim. Di bawah saya kongsikan cara buat aiskrim Malaysia perisa asam boi dan nanas.

Bahan-bahan :

1. Air Masak
2. Gula secukup rasa
3. Nanas yang sudah di kopek / Asam boi merah
4. Plastik aiskrim

Cara buatnya:

Masukkan air masak ke dalam periuk dan gula. Masak gula sehingga larut. Matikan api dan masukkan perisa seperti asam boi. Jika nak buat ais krim nanas, masukkan dan masak sekali nanas ke dalam periuk berisi air dan gula yang dah larut tadi. Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan ke dalam jag untuk memudahkan kita nak masukkan ke dalam plastik aiskrim. Dah siap masukkan dalam plastik aiskrim, bolehlah dimasukkan ke dalam freezer.

Rahsia untuk dapat aiskrim malaysia yang lembut adalah dengan memasak air dan gula sehingga larut terlebih dahulu sebelum dimasukkan perisa. Jika kita hanya membancuh gula dengan air sejuk, berkemungkinan besar aiskrim kita akan keras seperti ais.

RESEPI JAPANESE CAKE


Bahan-bahan dan Kaedah Membuat 
Bahan A ( Penyediaan meringue) :
  • 6 biji putih telur
  • 140 gm gula castor
  • 1 sudu kecil lemon
Cara Membuat:
1. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga berbuih, kemudian baru masukkan gula dan jus lemon.
2. Pukul sehingga jadi meringue, iaitu hingga bertanduk atau kalau diterbalikkan bekas, bahan tidak akan jatuh.
Bahan B :
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm butter
  • 100 ml susu segar
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gm tepung kek
  • 20 gm tepung jagung
Cara Membuat :
1. Cairkan cream cheese, butter dan susu secara double boiler. Kemudian, Satukan semua bahan dan kacau sebati.
2. Campurkan Bahan A kepada B dan gaul dengan kaedah kaup balik.
3. Bakarkan dalam ketuhar secara steam bath, iaitu masukkan air dalam dulang pembakar dan letakkan acuan kek dalam air. Kalau takut air masuk, balutkan acuan tin dgn kertas aluminium.
4. Bakar 1 jam suhu 160 C.