Wednesday, October 25, 2017

Resepi Kek Coklat Lembab Bakar Paling Sedap

Resepi Kek Coklat Lembab Bakar

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung gandum/  superfine
  • 2 tsp baking powder
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 3/4 cawan serbuk koko
Cara Penyediaan

#1: siapkan bekas kemudian satukan semua bahan tadi dan gaul rata. selepas tu diayak dan letak ke tepi.

Bahan Untuk Mixer
  • 3 biji telur
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak/ margerin
  • 1 cawan air suram
  • 1 cawan susu cair
  • 1 tbsp coklat emulco
Cara Penyediaan
Resepi Kek Coklat Lembab Bakar

#1: masukan semua bahan tadi kedalam bekas kemudian campur menggunakan mixer sehingga sebati.

#2: bila campuran tadi dah sebati masukan bahan ayakan sedikit demi sedikit atau serentak pun boleh juga.

#3: siapkan loyang yang dah dileserkan minyak atau margerin kemudian masukan ke dalam oven dan bakar lebih kurang 40 minit sampai 50 minit. 

#4: bila dah naik bau tandanya dah masak. boleh lah diangkat.

Bahan Toping
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/3 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
Cara Penyediaan
Resepi Kek Coklat Lembab Bakar

#1: siapkan kuali kemudian masukan semua bahan tadi dan masak di api sederhana dan letak susu cair mengikut kecairan yang kita inginkan. dan bila dah sejuk boleh di tuangkan ke atas kek.

dalam banyak-banyak resepi kek coklat lembab versi bakar, inilah resepi yang paling saya suka karena rasa yang sangat sedap.

No comments:

Post a Comment