Friday, October 20, 2017

Resepi Blackberries Yogurt Muffin

BLACKBERRIES YOGURT MUFFIN
Adaptasi dari resepi : BANANA YOGURT MUFFIN
By : Yani
Rujukan : My Resepi

Bahan-bahannya:
  • Buah Blackberries segar secukupnya ~ resepi asal menggunakan 1 biji pisang
  • 50g yogurt 
  • 120g tepung 
  • 50g gula 
  • 50g mentega 
  • 30cc fresh cream 
  • 1 biji telur 
  • 5g baking powder
  Cara-caranya:
  1. Naikkan suhu oven ke 180C
  2. Jika menggunakan pisang, lenyekkan pisang terlebih dahulu
  3. Pukul gula dan mentega sehingga kembang 
  4. Masukkan telur, pukul lagi 
  5. Masukkan yogurt dan fresh cream 
  6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan 
  7. Kacau tepung sehingga sebati 
  8. Masukkan ke dalam cup muffin 
  9. Letakkan blackberries di atasnya
  10. Bakar selama 25minit 

No comments:

Post a Comment