Wednesday, October 25, 2017

Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap


Bahan-bahan
  • 2 cawan milo 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 paket biskut marie - patah dua
  • 1/2 susu pekat manis
  • 125 gram mentega/ butter
  • 1 sk esen vanilla
  • kacang almond - dipotong dan di panggang (optional)
Cara Penyediaan

1. mula-mula cairkan butter ke dalam periuk dengan menggunakan api sederhana hingga cair kemudian masukan susu pekat manis dan gaul sebati

2. kemudian masukan serbuk kok bersama milo dan gaul sebati atau hingga tiada milo berketul-ketul. selepas tu masukan essen vanilla ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.. padamkan api.

3.  masukan biskut yang sudah dipatahkan bersama kacang almond dan gaul hingga rata. kemudian masukan adunan ke dalam loyang yang sudah di lapisi plastik. 

4. padatkan kek didalam loyang tadi dengan cara menekan pada permukaan adunan. kemudian masukan adunan ke dalam peti sejuk selama kurang lebih 5 jam.

5. akhir sekali, keluarkan kek dari peti sejuk dan biarkan 30 minit kemudian di potong-potong dan kek batik siap untuk dihidangkan..

Note :
bila anda suka kek batik yang lembut semasa sediakan campuran coklat, patah-patahkan biskut dulu, bagi biskut lemau sikit. jadi kek batik tu akan terasa lembut. bagaimana mudah kan resepi kek batik coklat yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

No comments:

Post a Comment