Wednesday, October 25, 2017

Resepi Puding Kastard Berkuah Sedap

  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 3 sb gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 10 gm serbuk agar-agar
Cara-Cara

1. mula-mula masak agar-agar bersama gula hingga mendidih dan larut kemudian tuangkan susu cair.

2. bancuh tepung kastard dan air selepas tu tapis dan tuangkan ke dalam adunan puding tadi kemudian kacau adunan hingga pekat.

3. bila sudah masak masukan ke dalam acuan kecil dan biarkan sejuk.

##untuk larutkan agar-agar, masukan dulu agar-agar ke dalam periuk kemudian masukan air dan kacau rata agar tidak berbentil

Kuah Kastard

Bahan-Bahan
Puding Kastard Berkuah Sedap
Bahan-Bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 sb tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 gelas air
  • 4 sb gula pasir
  • secubit garam
Cara-Cara

1. masak susu bersama air dan gula hingga larut dan mendidih menggunakan api perlahan kemudian bila sudah mendidih bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah.

2. kemudian tambahkan esen vanila dan secubit garam dan biarkan hingga mendidih.

3. bila sudah masak angkat dan masukan ke dalam peti ais agar cepat sejuk.

Note : untuk cara menghidangkanya masukan kuah ke dalam mangkuk kemudian masukan ais dan letakan puding tadi. agar tampilan lebih cantik boleh juga tambahkan fruit cooktail.

No comments:

Post a Comment