Monday, October 30, 2017

Movie Lukisan Cinta


Manisnya bulan Madu 2016 Telemovie


Manisnya Cinta di Cappadocia 2014 Full Movie


Misiku Sado 2016 Telemovie


Monster 2017


Telemovie Bila Cinta Berbunga


Telemovie Cinta Viral


Telemovie Nak Jadi Menantu YE...


Telemovie Alien Planet Cinta



Anak Mat Salleh tapi MELAYU Diana Danielle


Drama melayu terbaru 2017 Awaklah Imam Saya


Drama terbaru 2016 Spain Uools Telemovie


Madu 4 Saiful Apek 2010 Full Movie


Dia Semanis Honey Telemovie 2017


Castello Full Movie Filem Terbaru Melayu 2012


Anak Halal Full Movie Filem Terbaru 2012


Drama Terbaru Melayu 2017 Aku Benci Raya


Istanbul Aku Datang Full Movie 2012


Kekasih Hati Full Movie 2017


Jangan Pandang Belakang Full Movie


Cendol Full Movie


Movie Cun 2007


Filem Qabil Khusry Qabil Iqam 2007


Telemovie Umrah Dot Com


Wednesday, October 25, 2017

Resepi Puding Kastard Berkuah Sedap

  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 3 sb gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 10 gm serbuk agar-agar
Cara-Cara

1. mula-mula masak agar-agar bersama gula hingga mendidih dan larut kemudian tuangkan susu cair.

2. bancuh tepung kastard dan air selepas tu tapis dan tuangkan ke dalam adunan puding tadi kemudian kacau adunan hingga pekat.

3. bila sudah masak masukan ke dalam acuan kecil dan biarkan sejuk.

##untuk larutkan agar-agar, masukan dulu agar-agar ke dalam periuk kemudian masukan air dan kacau rata agar tidak berbentil

Kuah Kastard

Bahan-Bahan
Puding Kastard Berkuah Sedap
Bahan-Bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 sb tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 gelas air
  • 4 sb gula pasir
  • secubit garam
Cara-Cara

1. masak susu bersama air dan gula hingga larut dan mendidih menggunakan api perlahan kemudian bila sudah mendidih bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah.

2. kemudian tambahkan esen vanila dan secubit garam dan biarkan hingga mendidih.

3. bila sudah masak angkat dan masukan ke dalam peti ais agar cepat sejuk.

Note : untuk cara menghidangkanya masukan kuah ke dalam mangkuk kemudian masukan ais dan letakan puding tadi. agar tampilan lebih cantik boleh juga tambahkan fruit cooktail.

Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap dan Lembut

Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 keping gula melaka
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil kapur - bancuh dengan air
  • 7 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 cawan tepung ubi
Bahan Lain
  • Kelapa Parut Muda
  • Sedikit Garam
Cara Penyediaan

1. masak air dengan gula melaka, daun pandan, gula merah, dan gula pasir hingga mendidih dan sedikit pekat kemudian sejukan sehingga agak agak air gula sulam

2. masukan tepung gandum bersama tepung ubi yang telah disatukan kedalamnya dan kacau sebati. rasakan sedikit adunan dan bila belum manis boleh tambahkan gula pasir. selepas tu, masukan air kapur dan kacau rata dan tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

3. panaskan periuk pengukus dan masukan loyang dan setelah loyang panas tuang adunan kedalam loyang. dan kukus hingga masak lebih kurang 45 minit. 

4. sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala dan bila kuih sudah masak boleh buka penutup pengukus dan agar air dipermukaan kuih cepat mengering kukus tanpa penutup seketika.

5. akhir sekali, bila sudah kering angkat dan sejukan dan setelah betul-betul sejuk, baru dipotong. untuk menyediakanya balut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Resepi Cucur Ikan Bilis Lembut dan Sedap

Resepi Cucur Ikan Bilis
Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • segenggam ikan bilis - belah 2 bila besar
  • sebiji kentang - potong dadu (opsyenal)
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukupnya
  • 1 ikat daun kucai
  • 1 biji cili merah - potong kecil
  • 3/4 cawan bawang besar - potong kecil
Cara Penyediaan

#1 : satukan semua bahan diatas ke dalam bekas kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga rata atau hingga adunan mencapai kelikatan yang sesuai.

#2 : panaskan minyak kemudian goreng adunan tadi menjadi beberapa bahagian. dengan menggunakan api sederhana goreng hingga kekuningan selepas tu angkat dan toskan.

#3 : akhir sekali, hidangkan panas-panas bersama sos cili atau apa-apa yang anda sukai.

Resepi Kuih Talam/ Lapis Pandan dan Gula Merah Sedap




Kuih Talam Pandan
Resepi Kuih Talam Pandan


bagi peminat kuih talam pandan macam ni bolehlah mencuba resepi yang saya share dibawah ini, jom kita lihat resepinya.

Bahan Lapisan Bawah Hijau (A)

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan cair + sikit garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 sb air kapur
  • 5 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
  • 1 cawan gula

Bahan Lapisan Atas Putih (B)

  • 3 cawan santan
  • 1/3 cawan tepung beras
  • 4 sb tepung jagung
  • sedikit garam
Cara Penyediaan


1. satukan semua bahan lapisan bawah (A) kacau hingga bergentel dan tapis. dengan api sederhana masak sekejap dan kacau rata hingga gula hancur atau naik wap.

2. siapkan acuan kemudian sapukan minyak kemudian kukus hingga masak lebih kurang 30 minit bergantung saiz bekas.

3. campurkan semua bahan B dan kacau rata kemudian masak dengan api sederhana hingga naik wap. kemudian bila sudah masak tuangkan campuran bahan B ke atas campuran bahan A, dan kukus lagi hingga masak.

4. agar menghasilkan permukaaan yang cantik dan rata boleh gunakan kain sebagai penutup kukusan.

5. akhir sekali, bila sudah masak bolehlah angkat dan biarkan hingga benar-benar sejuk barulah boleh dipotong.

Kuih Talam Gula Merah
Resepi Kuih Talam Gula Merahsebenarnya cara memasak talam pandan dan talam gula merah sama sahaja yang berbeza mungkin hanya beberapa bahannya sahaja. jom kita tengok resepi dibawah ini.

Bahan Lapisan Bawah 

  • 1 cawan gula merah  
  • 1 1/2 cawan gula
  • sedikit air
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 4 1/2 cawan air
  • sedikit air kapur
Cara Cara


1. masak gula putih dan gula merah bersama sedikit air kemudian selepas tu sejukan

2. bancuh tepung beras dan sedikit air kapur dengan air kemudian kacau hingga larut dan tapiskan kedalam periuk. selepas tu masak dengan api sederhana hingga agak pekat

3. siapakan loyang yang telah disapu minyak dan tuangkan semua bahan diatas (no. 1 dan 2) tadi kemudian kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.

Bahan Lapisan Atas

  • 3 cawan santan
  • 1 cawan tepung beras
  • sedikit garam
Cara-Cara

1. satukan semua bahan dan tapis. dengan api sederhana masak bahan tadi hingga agak pekat.

2. akhir sekali, bila sudah agak pekat tuangkan perlahan-lahan menggunakan senduk diatas bahan lapisan bawah. kemudian kukus hingga msak lebih kurang 30 minit.

3. biarkan hingga sejuk kemudian potong-potong.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kuih lapis atau talam pandan dan gula merah yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Paling Sedap

Resepi Spaghetti Carbonara Cheese
Bahan-Bahan

  • 1/2 paket spaghetti
  • 6 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3/4 tin mushroom soup
  • 2 batang sosej ayam
  • lada hitam
  • parmesan cheese
  • 500 ml susu segar
  • 1/4 paket ayam kisar
  • mix herb
  • gara secukupnya
Cara Membuat Spaghetti Carbonara

1. mula-mula rebus spaghetti hingga lembut selama lebih kurang 20 minit kemudian masukan sedikit minyak dan garam ketika merebus

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang puith dan bawang besar hingga harum. masukan ayam kisar dan bila sudah separuh masak masukan juga sosej

3. kemudian masukan mushroom soup bersama susu segar dan bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan dengan air atau susu segar.

4. lepas tu masukan lada hitam, mix herb, dan garam kemudian gaul rata. taburkan sedikit cheese dan gaul hingga rata. matikan api dan spaghetti carbonara siap untuk dihidangkan.

Resepi Kangkung Goreng Belacan


Resepi Kangkung Goreng Belacan

masakan ini sangat popular di masyarakat Malaysia sebab kangkung bukanlah sayur yang mahal tetapi bila kena cara masakanya memang ramai yang suka. resepi yang saya share ini untuk dihidangkan 3 - 4 orang tapi boleh tambahkan mengikut kebutuhan.

jom kita layan resepi yang sedap ini dibawah :

Bahan-Bahan
  • 1 ikat kangkung - potong dan cuci bersih
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya
  • sedikit kicap manis
  • sedikit air
Bahan Tumbuk
  • 11 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inchi belacan
  • 2 sudu besar ikan bilis
Cara Penyediaan

1. mula-mula tumbuk bahan tumbuk tadi hingga halus kemudian panaskan minyak dalam kuali, bila minyak sudah panas tumiskan bahan tumbuk tadi hingga harum.

2. lepas tu masukan sedikit air dan kangkung yang sudah dibersihkan kemudian kacau rata, masak kangkung hingga layu.

3. akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa dan kicap manis, masak kembali kangkung hingga masak dan kangkung siap untuk dihidangkan.

Resepi Kuey Teow Kungfu Simple dan Sedap

Resepi Kuey Teow Kungfu

Resepi Kuey Teow Kungfu

Bahan A

  • 1 Paket Kuey Teow (anggaran 500 gram)
  • sedikit tepung jagung
  • 4 - 5 biji telur
  • 3 senduk minyak masak
Bahan B
  • 150 gm ayam - hiris
  • 100 gm udang basah - buang kulit
  • 100 gm bunga kobis - potong
  • 100 gm brokoli - potong
  • 100 gm carrot - potong memanjang
  • 3 ulas bawnag putih - cincang
  • 3 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 5 tangkai baby corn
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji panjang fish cake - potong nipis
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 cawan air dibancuh dengan 1 kiub ayam
Cara Membuat Kuey Teow Kungfu


1. pukul telur kemudian gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung lepas tu panaskan minyak dan goreng kuey teow hingga agak garing,, kemudian ketepikan
Resepi Kuey Teow Kungfu

2. panaskan kembali sedikit minyak kemudian tumis bawnag putih hingga harum. lepas tu masukkan ayam, fish cake, dan udang. kemudian masukkan 1 cawan air yang sudah dibancuh dengan 1 kiub ayam, kacau sekejap.

3. masukkan baby corn, carrot, lada sulah, sos tiram, tepung jagung yang sudah dicampur air (supaya tepung jagung tidak bergentel kacau terlebih dahulu) dan kacau lagi sekejap.

4. masukkan bunga kobis dan brokoli lepas itu tutup api dan kacau hingga rata.

5. akhir sekali, tuangkan kuah ke atas mee dan kuey teow homemade siap untuk dihidangkan. paling sedap apabila dimakan panas-panas.
Resepi Kuey Teow Kungfu

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Lembut dan Sedap

Resepi Kuih Keria Gula Melaka
Bahan-Bahan

  • 700 gram kaledek kaler oren 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula melaka - hiris
  • 1 camca besar gula pasir
  • 1/4 cawan air
  • 1 camca teh penuh baking powder - serbuk penaik
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. kupas kulit kaleder kaler oren kemudian dipotong kiub besar dan rebus kaledek tadi kemudian masukan garam dan biarkan hingga empuk. toskan dan lecek hingga halus. selepas tu biarkan sekejap hingga suam.

2. gaul tepung dengan baking powder dan masukan kedalam kaledek yang telah di lecek tadi. gaul sebati sampai menjadi adunan yang lembut kemudian ketepikan.

3. sediakan dulang dan alas dengan plastik bersih, kemudian ambil sedikit adunan tadi bulat-bulatkan dan tekan sedikit biar leper. untuk membuat lubang ditengahnya cucukan dengan jari selpas tu kemaskan dan taruh diatas dulang tadi.

4. panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng terendam dan goreng kuih keria tadi hingga keemasan. bila sudah keemasan angkat dan toskan minyak.

5. dalam kuali tadi keluarkan semua minyak dan masukan gula melaka bersama air dan gula pasir. gunakan api sederhana dan kacau hingga gula larut. biarkan memasak hingga gula berwarna pekat dan berbuih.

6. masukan kuih tadi ke dalam gula larut dan gaul hingga larut. masa ini kuih keria akan melekat-lekat tapi takpe. terus memasak hingga gula meresap ke dalam kuih keria.

7. akhir sekali, terus memasak dengan api kecil dan bila kuih telah kering bolehlah matikan api dan angkat dan pisah-pisahkan kuih yang melekat tadi dan biarkan hingga sejuk. bila sudah sejk kuih keria siap dihidangkan.

bagaimana mudah je kan resepi kuih keria gula melaka yang saya kongsikan. bila anda sudah biasa memasak kuih ini rasanya pasti akan lembut dan sedap. okay, sampai jumpa di resepi berikutnya.