Wednesday, November 8, 2017

TANDA-TANDA ORANG YANG SIDDIQIN

Zaini Al ...:
TANDA-TANDA ORANG YANG SIDDIQIN

Berkata Al-Imam Al-Muhasibi Rahimahullah "Di antara tanda-tanda orang yang soddiq itu adalah mereka yang:

1)Apabila dia memandang, dia mengambil ibrah yakni pengajaran. Orang-orang yang macam ini apa yang dia pandang maka dia akan jadikan iktibar. Renungannya itu jauh.

2)Kalau dia diam bukan diamnya itu berangan-angan kosong tetapi diamnya itu tafakkur.

3)Dan apabila bergerak lidahnya untuk bercakap yang banyaknya adalah berzikir.

4)Kalau dia dihalang daripada mendapatkan sesuatu maka dia akan bersabar.

5)Kalau dia diberikan sesuatu maka dia akan bersyukur.

6)Kalau dia ditimpakan bala atau musibah maka yang pertama sekali keluar daripada lidahnya itu adalah mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"

7)Sekiranya dia dianiayai maka dia tidak akan akan membalasnya kembali bahkan dia akan membalasnya dengan lebih kebaikan kepada orang itu.

8)Apabila bertambah ilmunya maka dia akan lebih tawadhuk.

9)Kalau sekiranya dia mengajar maka dia akan menjadi ramah, mesra.

10)Kalau dia diminta sesuatu maka dia akan memberikan.

11)Dia it merupakan penawar kepada orang-orang yang perlu kepada penawar itu.

12)Dan dia adalah penolong kepada orang-orang yang mengharapkan petunjuk.

13)Dan dia teman yang jujur kepada orang-orang yang jujur.

14)Mereka adalah gua pelindung, keamanan kepada orang-orang yang takut.

15)Mereka itu sentiasa berbuat kebaikan.

16)Mereka sentiasa redha dengan hak dirinya. Apa yang dia dapat, dia bersyukur. Kalau dia tak dapat, dia tak kisah.

17)Apabila berkenaan dengan hakya Allah. Semangat mereka itu untuk menuju kepada keredhaan Allah itu penuh dengan semangat.

18)Niat mereka itu lebih afdal daripada amal mereka.

19)Sedang amalnya itu lebih sampai daripada perkataannya. Sebab itu dikatakan "Lisan perbuatan it lebih berkesan daripada lisan perkataan."

20)Pengikatnya itu adalah sifat malu. Mereka ini sentiasa malu untuk menonjolkan akan dirinya. Mereka lebih suka bersendirian daripada dikenali orang.

21)Apabila bercakap dengan hakikat-hakikat ilmu. Tidak mereka bercakap melainkan didasari dengan ilmu. Kalau tiada apa yang nak dicakapkan maka mereka akan lebih suka untuk diam.

Ada tak orang yang macam ini lagi di sekeliling kita? Sudah tentu ada.
Tidaklah mereka mencapai akan martabat in melainkan mereka bermuhajadah melawan hawa nafsu mereka dan beristiqamah melakukan amal.

Mungkin kita ada kenal orang-orang yang sebegini baik itu Para Ulama dan orang-orang yang kita kenal maka carilah kesan-kesan mereka, dampingi mereka, dampingi ilmu mereka, dampingi akhlak mereka, dampingi nasihat- nasihat mereka. Tidak akan rugi orang-orang yang bersama dengan golongan ini.

HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH

No comments:

Post a Comment