6 TIPS MENAMBAH KECINTAAN TERHADAP RASULULLAH
Syeikh 'Awad Al-Manqoush حفظه الله berkongsi 6 tips bagi mereka yang ingin menambahkan kecintaan kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ
1) Membaca sirah Rasulullah ﷺ sekurang-kurangnya 8 kali
2) Membaca Syamail Muhammadiyah sekurang-kurangnya 4 kali
3) Membaca apa yang termampu dari kitab hadis kutub sittah (Bukhari,Muslim,Tirmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah) sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
4) Berselawat ke atas Rasulullah ﷺ sekurang-kurangnya 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang.
5) Melazimi majlis muhibbin Rasulullahﷺ
6) Makan tamar Madinah (kerana padanya turbah/tanah Al-Madinah)
* Jika tidak dapat amalkan semua seperti diatas , janganlah pula meninggalkan kesemuanya. Pada permulaan, amallah apa yang termampu dengan sentiasa memohon doa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menambahkannya dari semasa ke semasa.
~ Cinta bukan hanya setakat di bibir. Cinta perlukan bukti! Sama-sama kita buktikan cinta kita terhadap Kekasih ﷺ.dengan menghidupkan sunnah, adab dan akhlak Rasulullah ﷺ . Semoga dengannya Baginda ﷺ hidup didalam hati-hati kita.
Firman Allah Ta'ala : وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ
ُErtinya : Dan ketahuilah bahawa Rasulullah berada didalam kamu.
(Surah al-Hujurat : 7 )
No comments:
Post a Comment