8 TIP PANDAI BERCAKAP ARAB
√ Rajin mendengar orang bercakap Arab. Bahasa bermula dengan mendengar. Sering mendengar, telinga jadi terbiasa.
√ Perhatikan gaya bahasa orang Arab bercakap dan body languagenya, lalu berusahalah menirunya.
√ Ulang dan ulang lagi mengungkapkan bahasa Arab yang didengar itu. Ulang dan ulang lagi.
√ Beranilah mempraktikkan bahasa Arab yang sudah diketahui. Jangan takut salah dan diketawakan orang.
√ Ambil peluang untuk menonton video-video berbahasa Arab. Banyak video berbahasa Arab di youtube dan Internet.
√ Baca buku-buku perbualan yang banyak dijual di kedai-kedai buku. Makin banyak kita membaca bahan berbahasa Arab, semakin luas maklumat kita tentang bahasa dan semakin mudah kita bercakap.
√ Kayakan kosakata dan perbendaharaan bahasa dengan rajin merujuk pada kamus atau bertanya kepada orang yang lebih tahu bahasa Arab.
√ Hadiri dan sertailah kelas bahasa Arab yang bersifat komunikasi dan perbualan. Semakin kerap dan konsisten hadir semakin cepat pandai bercakap Arab.
Sila tulis "Saya share", sekiranya anda rasa tip ini bermanfaat dan ingin sharenya.
No comments:
Post a Comment