*MATINYA HATI DISEBABKAN DOSA*
💭 Muhammad bin Wasi’ yang bergelar Zainul-Qur’an berkata tentang matinya hati:
🌀 “Dosa demi dosa membuat hati seseorang mati.”
💭 Oleh kerana itu, ketika seseorang berkata kepada Said ibnul Musayyab bahawa Abdul Malik bin Marwan berkata:
🌀 “Saat ini, aku tidak lagi merasakan kebahagiaan kerana kebajikan yang aku lakukan.
Aku juga tidak lagi merasakan kegelisahan kerana dosa yang aku perbuat.”
💭 Maka Said ibnul Musayyab pun berkata:
🌀 "Saat itu hatinya telah mati.”
Contoh di atas bukanlah satu-satunya pertanda matinya hati,
bahkan masih banyak lagi lain-lainnya, seperti yang tersebut berikut ini;
1. Merasa senang dengan perbuatan dosa dan berusaha mempamerkannya.
2. Keinginan yang membara untuk berkumpul dengan orang-orang yang selalu berbuat maksiat.
3. Merasa tertekan ketika melihat orang-orang yang ta’at.
4. Senantiasa berbuat dosa dan tidak segera bertaubat.
5. Tidak lagi merasa sedih dengan hilangnya perbuatan ta’at.
6. Tidak lagi menolak kemungkaran, baik itu dengan tangan, lisan mahu pun dengan hatinya
❗ Wahai saudaraku, aku senantiasa mengingatkan diriku dan juga dirimu dan aku katakan:
🌀 “Ingatkan selalu hatimu dari kelalaiannya kerana orang yang mendapatkan taufik adalah yang senantiasa waspada. Jika aku tidak sedar akan nasihat yang diberikan kepadaku, maka jadikanlah dirimu sedar akan nasihat ku ini..."
💭 Ibnu Jauzi mengingatkan:
🌀 “Jangan kamu remehkan dosa walau pun ringan kerana rumput yang lemah jika dianyam bisa menjadi tali yang kuat, hingga mampu mencekik unta yang gemuk.”
Semoga Allah memelihara kita....
No comments:
Post a Comment