Wednesday, November 8, 2017

KENAPA NABI GALAKKAN PUASA DAN BEKAM PADA PERTENGAHAN BULAN

*KENAPA NABI GALAKKAN PUASA DAN BEKAM PADA PERTENGAHAN BULAN ?*

Dr Arnold Lieber, seorang doktor pakar Psychiatri dari New York membuat pemerhatian selama 15 tahun tentang perubahan yg berlaku di kalangan manusia di Ohio dan Miami, Amerika Syarikat ketika bulan penuh.

Dalam pemerhatian beliau, didapati berlaku peningkatan kes kemalangan maut jalan raya dan juga peningkatan kes-kes kemasukan ke wad psykiatrik pada pertengahan bulan lunar. Terdapat juga peningkatan kes jenayah kejam dan pembunuhan pada pertengahan bulan.

Dalam pemerhatian beliau di hospital juga mendapati pembedahan yg dilakukan pada pertengahan bulan lunar biasanya berakhir dengan pendarahan yg teruk. Beliau bukukan segala pemerhatian beliau dalam bukunya yang bertajuk "The Lunar Effect, Biological Tides And Human Emotions"

Kenapa perubahan ini berlaku ? Ketika bulan penuh, kesan graviti bulan menyebabkan pergerakan bendalir yg tidak seimbang antara sel badan (terutama otak) dan saluran darah. Ini menyebabkan peningkatan bendalir dalam otak dan seterusnya mengakibatkan perubahan tingkah laku manusia yg negatif.

Bagaimana cara nak atasi fenomena ini ? Jawapannya ialah kurangkan input ke badan dgn berpuasa dan keluarkan segala bendalir berlebihan dalam badan dgn berbekam.

Dari Abu Dzar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda padanya,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka ”berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa haditsnya hasan).

Ibnu Sina di dalam kitabnya Al-Qaanun Fit Thibb menyarankan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergolak keras dan mencapai puncak penambahannya kerana kesan graviti bulan yg sangat kuat pada pertengahan bulan"

Wassalam

No comments:

Post a Comment