Wednesday, November 8, 2017

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
ﻣﺎ ﻫﻮ ﺍﻟﺤﺐ ؟

Apakah itu cinta?

هُوَ عَلِيٌّ حِيْنَ يَنَامُ بَدَلاً مِنَ الرَّسُوْلِ ﷺ فِي فِرَاشِهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّ الْقَوْمَ اجْتَمَعُوْا لِقَتْلِ الرَّسُوْلِ ﷺ وَأَنَّهُ قَدْ يَمُوْتُ عَلَى نَفْسِ الْفِرَاشِ !!

Cinta adalah ‘Ali ketika dia berbaring tidur menggantikan Rasulullah Saw di kasur Nabi, padahal dia tahu bahwa sekelompok orang telah berkumpul untuk membunuh Rasulullah Saw, dia juga tahu bahwa dia mungkin saja tewas di kasur yang sama!!

اَلْحُبُّ ..
ﻫُﻮَ ﺑِﻼَﻝٌ ﺣِﻴْﻦَ يَعْتَزِلُ ﺍلْأَﺫَﺍنَ ﺑَﻌْﺪَ ﺭَﺣِﻴْﻞِ ﺍﻟﺮَّﺳُﻮْﻝِ ﷺ ، ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﺃَﺫَﻥَ ﺑِطَلَبٍ مِنْ ﻋُﻤَﺮَ عِنْدَ فَتْحِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ ﻟَﻢْ ﻳُﺮَ ﻳَﻮْﻣًﺎ ﻛَﺎﻥَ ﺃَﻛْﺜَﺮَ ﺑُﻜَﺎﺀً ﻣِﻨْﻪُ عِنْدَمَا قَالَ أَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ.

Cinta..
Adalah Bilal, ketika dia tidak lagi mengumandangkan azan setelah Rasulullah Saw wafat, lalu ketika Bilal mengumandangkan azan lagi atas permintaan ‘Umar saat penaklukan Baitul Maqdis. tidak pernah tangisan begitu membahana terlihat sebelumnya, saat Bilal mengucapkan “Asyhadu anna Muhammadan Rasulullaah”

ﺍﻟْﺤُﺐُّ ..
ﺣَﺮْﻓِﻴّﺎً ﻭَﻓِﻌْﻠِﻴّﺎً، ﻳَﺘَﺠَﺴّﺪُ ﻓِﻲ ﻗَﻮْﻝِ ﺍﻟﺮَّﺳُﻮْﻝِ ﷺ ( ﻻَﺗُﺆْﺫُﻭْﻧِﻲ ﻓِﻲ ﻋَﺎﺋِﺸَﺔَ ).

Cinta
Secara teori dan prakteknya mendarahdaging dalam sabda Rasul Saw: “Janganlah kalian menyakitiku terhadap A’isyah”

ﺍَﻟْﺤُﺐُّ ..
ﻳَﻘُﻮْﻝُ ﺃَﺑُﻮْ ﺑَﻜْﺮٍ : ﻛُﻨَّﺎ ﻓِﻲ ﺍﻟْﻬِﺠْﺮَﺓِ، ﻓُﺠِﺌْﺖُ ﺑِﻤَﺬْﻗَﺔِ ﻟَﺒَﻦٍ ﻓَﻨَﺎﻭَﻟْﺘُﻬَﺎ ﻟِﺮَﺳُﻮْﻝِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻗُﻠْﺖُ ﻟَﻪُ : ﺍِﺷْﺮَﺏْ ﻳَﺎﺭَﺳُﻮْﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ
ﻳَﻘُﻮْﻝُ ﺃَﺑُﻮْ ﺑَﻜْﺮٍ : ﻓَﺸَﺮِﺏَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺣَﺘَّﻰ ﺍﺭْﺗَﻮَﻳْﺖ.ُ

Cinta
Adalah Abu Bakar yang mengatakan: “saat kami berhijrah, aku heran dengan munculnya susu yang tercampur air, lalu aku berikan susu tersebut kepada Rasulullah, dan aku katakan: “Minumlah wahai Rasulullah”
Abu Bakar mengatakan: “Maka Rasulullah pun minum sehingga hilanglah dahagaku”

ﺍَﻟْﺤُﺐُّ ..
ﻫُﻮَ ﺍﻟﺰُّﺑَﻴْﺮُ ﻳَﺴْﻤَﻊُ ﺑِﺈِﺷَﺎﻋَﺔِ ﻣَﻘْﺘَﻞِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﷺ ﻓَﻴَﺨْﺮُﺝُ ﻳَﺠُﺮُّ ﺳَﻴْﻔَﻪُ ﻓِﻲ ﻃُﺮُﻕِ ﻣَﻜَّﺔَ ﻭَﻫُﻮَ ﺍﺑْﻦُ ﺍﻟْﺨَﺎﻣِﺴَﺔِ ﻋَﺸَﺮَ ، ﻟِﻴَﻜُﻮْﻥَ ﺳَﻴْﻔُﻪُ ﺃَﻭَّﻝَ ﺳَﻴْﻒٍ ﺳُﻞَّ ﻓِﻲ ﺍلْإِﺳْﻼَﻡِ .

Cinta
Adalah Zubair yang mendengar kabar terbunuhnya Rasulullah, lalu dia pun keluar dengan menyeret pedangnya di jalan-jalan kota Makkah, padahal usianya baru 15 tahun. Agar pedangnya menjadi pedang pertama yang terhunus dalam sejarah Islam

ﺍﻟﺤُﺐُّ ..
ﻫُﻮَ ﺭَﺑِﻴْﻌَﺔُ ﺑْﻦُ كَعْبٍ ﺣِﻴْﻦَ ﻳَﺴْﺄَﻟُﻪُ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﷺ ﻣَﺎﺣَﺎﺟَﺘُﻚَ ؟ ،
ﻓَﻴَﻘُﻮْﻝُ : ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﻣُﺮَﺍﻓَﻘَﺘَﻚَ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ .

Cinta
Adalah Rabi’ah bin Ka’b saat Rasulullah Saw bertanya kepadanya “apa yang kamu butuhkan?” Rabi’ah pun menjawab: “aku meminta agar aku bisa mendampingimu di surga”

ﺍﻟﺤُﺐُّ ..
ﻫُﻮَ ﺍﻣْﺮَﺃَﺓُ ﺑَﻨِﻲ ﺩِﻳْﻨَﺎﺭٍ ، ﺣِﻴْﻦَ ﻳَﺨْﺮُﺝُ ﺯَﻭْﺟُﻬَﺎ ﻭَﺃَﺑُﻮْﻫَﺎ ﻭَﺃَﺧُﻮْﻫَﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺃُﺣُﺪٍ ﻓَﻴَسْتَشْهِدُوْنَ جَمِيْعاً فِي سَبِيْلِ اللهِ ﻭَﻳُﻨْﻌَﻮْﻥَ ﻟَﻬَﺎ، ﻓَﺘَﺮَﻯ ﺭَﺳُﻮْﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﷺ ﻓَﺘَﻘُﻮْﻝُ : ﻛُﻞُّ ﻣُﺼِﻴْﺒَﺔٍ ﺑَﻌْﺪَﻙَ ﺟَﻠَﻞٌ .

Cinta
Adalah seorang wanita dari keturunan Bani Dinar. Saat suami, ayah, saudara laki-lakinya pergi ke medan Uhud lalu mereka semua mati syahid di jalan Allah, berita kematian mereka pun sampai kepadanya. Lalu wanita itu memandang Rasulullah kemudian mengatakan: “musibah apapun selainmu adalah kecil”

ﺍﻟﺤُﺐُّ ..
ﻫُﻮَ ﺛَﻮْﺑَﺎﻥُ ﺣِﻴْﻦَ ﻳَﺴْﺄَﻟُﻪُ ﺍﻟﺮَّﺳُﻮْﻝُ ﷺ : ﻣَﺎ ﻏَﻴَّﺮَ ﻟَﻮْﻧُﻚَ ؟
ﻓَﻴَﻘُﻮْﻝُ : ﻣَﺎﺑِﻲ ﻣَﺮَﺽٌ ﻭَﻻَﻭَﺟَﻊٌ ﺇِﻻَّ ﺃﻧِّﻲ ﺇِﺫَﺍ ﻟَﻢْ ﺃﺭَﻙَ ﺍِﺳْﺘَﻮْﺣَﺸْﺖُ ﻭَﺣْشَةً ﺷَﺪِﻳْﺪَﺓً ﺣَﺘَّﻰ ﺃَﻟْﻘَﺎﻙَ.

Cinta..
Adalah Tsauban ketika Rasulullah Saw bertanya kepadanya: “apa yang membuat warna (wajahmu) berubah?” lalu Tsauban menjawab: “aku tidak sakit dan terluka, hanya saja jika aku tidak melihatmu aku menjadi sangat merindu kesepian sampai aku bertemu denganmu”

ﺍﻟﺤُﺐُّ ..
ﻋِﻨْﺪَﻣَﺎ ﻳَﻘُﻮْﻝُ ﺍﻟﺼِّﺪِّﻳْﻖُ ﻟِﻠﺮَّﺳُﻮْﻝِ ﷺ ﻗَﺒْﻞَ ﺩُﺧُﻮْﻝِ ﺍﻟْﻐَﺎﺭِ: ﻭَﺍﻟﻠَّﻪِ ﻻَﺗَﺪْﺧُﻠْﻪُ ﺣَﺘَّﻰ ﺃَﺩْﺧُﻞَ ﻗَﺒْﻠَﻚَ، ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻛَﺎﻥَ ﻓِﻴْﻪِ شَيْءٌ ﺃَﺻَﺎﺑَﻨِﻲْ ﺩُﻭْﻧَﻚَ .

Cinta..
Adalah ketika Abu Bakar AS-Shiddiq berkata kepada Rasulullah Saw sebelum memasuki gua (Tsur): “Demi Allah, janganlah engkau masuk sampai aku masuk terlebih dahulu, jika ada sesuatu di dalam gua ini maka akulah yang terkena bukan engkau”

ﺍﻟﺤُﺐُّ ..
ﻫُﻮَ ﺃَﺑُﻮْﺑَﻜْﺮٍ ﻳَﺒْﻜِﻲ ﺍﻟﺮَّﺳُﻮْﻝَ ﷺ ﻟَﻤَّﺎ ﺑَﺪَﺕْ ﻃَﻼَﺋِﻊُ ﺭ

َﺣِﻴْﻠِﻪِ ، ﻓَﻴُﻮَﺍﺳِﻴﻪِ ﷺ : ﻻَﺗَﺒْﻚِ ، ﻟَﻮْﻛُﻨْﺖُ ﻣُﺘَّﺨِﺬًﺍ مِنَ الْبَشَرِﺧَﻠِيْلاً ﻻَﺗَّﺨَﺬْﺕُ ﺃَﺑَﺎﺑَﻜْﺮٍ ﺧَﻠِﻴْﻼً.

Cinta..
Adalah Abu Bakar yang menangisi RAsulullah Saw ketika tampak tanda-tanda telah dekat kewafatannya, lalu Rasulullah menenangkannya: “Janganlah kamu menangis! Jika saja aku boleh menjadikan seseorang kekasih dari golongan manusia, aku pasti menjadikan Abu Bakar kekasihku”

ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﷺ :
" ﻣِﻦْ ﺃَﺷَﺪِّ ﺃُﻣَّﺘِﻲ ﻟِﻲ ﺣُﺒًّﺎ ﻧَﺎﺱٌ ﻳَﻜُﻮْﻧُﻮْﻥَ ﺑَﻌْﺪِﻱْ ﻳَﻮَﺩُّ ﺃَﺣَﺪُﻫُْﻢْ ﻟَﻮْ ﺭَﺁﻧِﻲْ ﺑِﺄَﻫْﻠِﻪِ ﻭَ ﻣَﺎﻟِﻪِ ".

Rasulullah Saw bersabda: “diantara kecintaan yang begitu besar dari umatku adalah mereka yang hidup setelahku, diantara mereka ada yang begitu ingin melihatku meskipun dengan mengorbankan keluarga dan hartanya.

6 TIPS MENAMBAH KECINTAAN TERHADAP RASULULLAH

  Syeikh 'Awad Al-Manqoush حفظه الله berkongsi 6 tips bagi mereka yang ingin menambahkan kecintaan kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ

1) Membaca sirah Rasulullah ﷺ sekurang-kurangnya 8 kali

2) Membaca Syamail Muhammadiyah sekurang-kurangnya 4 kali

3) Membaca apa yang termampu dari kitab hadis kutub sittah (Bukhari,Muslim,Tirmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah) sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

4) Berselawat ke atas Rasulullah ﷺ sekurang-kurangnya 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang.

5) Melazimi majlis muhibbin Rasulullahﷺ

6) Makan tamar Madinah (kerana padanya turbah/tanah Al-Madinah) 

* Jika tidak dapat amalkan semua seperti diatas , janganlah pula meninggalkan kesemuanya. Pada permulaan, amallah apa yang termampu dengan sentiasa memohon doa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menambahkannya dari semasa ke semasa.

~ Cinta bukan hanya setakat di bibir. Cinta perlukan bukti!  Sama-sama kita buktikan cinta kita terhadap Kekasih ﷺ.dengan menghidupkan sunnah, adab dan akhlak Rasulullah ﷺ . Semoga dengannya Baginda ﷺ hidup didalam hati-hati kita.

Firman Allah Ta'ala : وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ

ُErtinya : Dan ketahuilah bahawa Rasulullah berada didalam kamu.
(Surah al-Hujurat : 7 )

Ucapan Dato' Zulkifli Al Bakri Mufti Wilayah.

1. Masa belajar, belajar. belajar sungguh-sungguh. Masa yang paling seronok adalah masa belajar. Walaupun masa itu kita tak ada duit. Cuma silapnya kita, masa belajar kita tak belajar. Akhirnya,kita tak mampu untuk menyelesailan masalah ummah, maka kita rugi.

2. Bertuah kerana kita belajar dalam negeri. Kelebihannya baik, banyak. Antaranya dekat dengan keluarga, kewangan pun lebih mudah dsb. Tanpa dinafikan luar negara ada kelebihan yang lain.

3. Kena cabar diri kita. Kita anggap orang belajar dalam negara ini pelajar kelas kedua. Kita anggap orang belajar luar negara hebat. Hakikatnya ramai tokoh² hebat di dunia ini belajar di dalam negeri. Antaranya Maulana Abu Hassan Ali an-Nadwi. Beliau belajar di India. Namun bahasa Arabnya lebih arab dari orang Arab. Sheikh Al Allamah Muhammad Al Amin Al Shanqiti, hanya belajar di Shanqit, Mauritania. Hafazannya luar biasa hebat. Dikagumi oleh ulama'2 Arab. Ketiga, Hamka. Luar biasa hebatnya. Mengarang tafsir Al-Azhar yang luar biasa. Maknanya tidak semestinya belajar di Al-Azhar baru jadi hebat. Sejarah ulama' terdahulu juga bukan dari kalangan orang Arab. Semua ni nak cerita bahawa kita duduk di sini, kita kena cuba untuk jadi hebat.

4. Bila kita berada dalam gelanggang ilmu, perkara yg paling bahaya ialah rendah semangat. Kita tak sangkut cita-cita kita tinggi. Bila kita sangkut rendah, kita dapat separuh daripada itu. Sheikh Dr. Qaradhawi menceritakan di dalam kitabnya, ketika beliau kecil guru sekolahnya pernah meminta beliau menulis karangan tentang cita-cita. Beliau menulis, cita-citaku adalah ingin menjadi Sheikhul Azhar. Terkejut gurunya. Namun ternyata hari ini beliau tidak pernah menjadi sheikhul Azhar. Namun anak-anak muridnya pula menggelar beliau dengan gelaran sheikhul ummah.

Kita perlu mencabar diri kita. Jangan merasa rendah diri dengan orang yang belajar di luar negara. Kita juga hendaklah bercita-cita tinggi. Jangan rendah semangat. Biar kita jadi pandai walaupun kita belajar di dalam negara lebih pandai dari orang yang belajar di luar negara. Bagaimana mahu jadi pandai?

1. Kita kena kuat membaca. Berjalan, kena ada buku. Jangan kita berjalan tanpa buku. Sarjana-sarjana hebat di dunia sangat kuat membaca. Mereka mengkhususkan sebahagian besar masa seharian mereka untuk membaca.

2. Minat yang sangat tinggi untuk belajar, bertalaqqi. Jangan kita jadi orang yang memandai-mandai, syok sendiri, faham sendiri, Google.

3. Kita kena banyakkan diskusi, bermuzakarah. Orang-orang hebat zaman dulu, mereka sentiasa bermuzakarah. Duduk dalam majlis muzakarah ini sangat penting.

4. Dalam belajar, kadang-kadang kita lupa satu benda yang penting, iaitu adab. Jarang kita belajar tentang adab. Imam-imam terdahulu mengarang banyak kitab tentang adab menuntut ilmu. Adab ni penting. Adab ni banyak. Adab dengan buku, adab dengan Quran, adab dengan guru, adab dengan kawan, dengan orang tua. Keberkatan guru yang senang dengan kelakuan muridnya menjadi doa yang menjadikan kehidupan diselubungi ketenangan. Binalah adab, tinggikanlah adab, jagalah adab.

Dewan Kuliah Utama APIUM
Universiti Malaya
Kuala Lumpur

Credit to Amjad Azhar

Apa itu cinta

بِسْمِ اللهِ الرَّحمنِ الرَّحِيمِ

Apa itu yang dinamakan dengan cinta ?

Cinta (ُّالحُب) itu adalah satu kata mutiara yang tersimpan di lubuk hati, yang mana didalamnya mempunyai seribu satu kasih pabila mana ianya diluahkan maka terlihatlah kasihnya disamping seseorang itu meluahkan rasa cintanya kepada kekasihnya. Maka disitulah terjadinya kasih kekasih yang saling kasih mengasihi antara suatu sama lainnya.

Orang yang bercinta kebiasaanya akan mengeluarkan kata-kata cinta yang manis seperti "aku sanggup redahi lautan api demi membuktikan cintaku padamu" begitulah seterusnya dan seterusnya.

Lalu apa yang terjadi jikalau sudah keterlaluan dalam merasai cinta ?

Akan terjadi seseorang itu Mabuk cinta (زوق) kerana tarikan cinta yang kuat (مجزوب) lama kelamaan dirinya akan berasa rindu dan semakin lama semakin rindu semakin lama semakin sayang. Saat hatinya tidak tahan dengan rasa cintanya yang kuat nescaya ianya akan diluahkan sama ada dalam bentuk kata-kata ketika bertemu mahupun dalam bentuk puisi/syair/lagu disaat tidak dapat membuat pertemuan bagi pecinta akan merasa lega dihatinya.

إني ضعيف الضعيف :

محبوب الى المُحِبْ إبن همزة الأنصاري اليسوفي الماليزي
٢٠١٧/١/١١

Dulu Dan Kini

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Jahilliah.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Ada yang diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah.

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh.

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh.

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah MUSLIMIN,

Pada kelelakianmu,

Sungguh dirindu lelaki dulu,

Acuan Madrasah Rasul. 😔

: | 12 Januari 2017M |
: | 13 Rabiulakhir 1438H |

HEART TO HEART

💞 _*HEART TO HEART*_ 💞

Di Jepun, dulu pernah ada tradisi *membuang orang yang sudah tua ke hutan* . Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan . . . Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya , agar tidak membebankan kehidupan anak - anaknya . . .

Pada suatu hari , ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan . Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk .. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya . Si Ibu yang kelihatan tak berdaya , berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui . Sesampai di dalam hutan yang tebal , si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya . Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang . . . . .

Dalam senyumnya , dia berkata , ''Anakku , Ibu sangat menyayangimu . Sejak kau kecil sampai dewasa , Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku . Bahkan sampai hari ini , rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun . Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu . Ibu takut kau tersesat . Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah '' .

Setelah mendengar kata-kata tersebut , si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu . Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah . Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal .

Sahabatku semua . . renung2kanlah . .

'' Orangtua '' *bukan barangan lusuh* yang boleh *dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya* . Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam susah , hanya ''orangtua'' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah .
''orangtua'' mereka *tidak pernah meninggalkan kita* ,macammanapun keadaan kita .. Walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada orangtua namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita ....

Kasihi dan sayangi la orangtua kita selagi mereka masih hidup..

Mudah-mudahan cerita ini dibaca oleh org2 yg mngabaikan ibubapanya....... dan kembali sadar betapa kasihnya seorang ibu untuk anaknya..... !!

_Credit to: Mat juling_

KESILAPAN SOLAT JUMAAT YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR

⛅ Jumaat

*KESILAPAN SOLAT JUMAAT*
YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR

1. *Datang lewat ke masjid*. Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)

2. *Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat*. Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3. *Tidak memenuhkan saf hadapan*. Kata Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)

4. *Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah*. Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)

5. *Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah*. Kata Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)

6. *Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang*. Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)

7. *Bercakap ketika khutbah*. Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. *Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib*. Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia..