Sunday, April 9, 2017

Warna Cinta Impian Full Movie 2016

TAJUK : WARNA CINTA IMPIAN
Tarikh Tayangan : 31 Mac 2016
Genre : Romantik
Pengarah : N.S Krishna
Pelakon : Awie, Erra Fazira, Shiqin Kamal, Erwin Dawson
Terbitan : Touchtronics Entertainment Sdn Bhd

Warna Cinta Impian


Sinopsis :-

Apabila sesebuah perkahwinan diaturkan oleh keluarga tanpa ada sebarang perasaan cinta di hati, sudah tentu pelbagai konflik akan berlaku dalam kehidupan berumah tangga. Apatah lagi sekiranya masing-masing mempunyai sejarah silam tentang kisah cinta yang pernah diharungi sebelum ini.
Itulah yang dipaparkan dalam filem terbaru berjudul WARNA CINTA IMPIAN, sebuah filem berkisar tentang cinta yang diterbitkan oleh Touch Tronics Entertainment, yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 31 Mac 2016.
Warna Cinta Impian mengisahkan tentang percintaan dan konflik kehidupan dunia moden antara Daniel (Erwin Shah Dawson), seorang arkitek dan Diana (Shikin Kamal) seorang peguam menjadi nadi percintaan. Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumah tangga, tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.
Kemudian, ketegangan pula bermula dengan kemunculan Erra (Erra Fazira) kakak angkat Daniel yang menetap di luar negara menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie (Awie) yang kecundang lebih dua dekad lalu. Secara kebetulan, Awie pula merupakan abang kandung kepada Diana.
Erra dan Awie mengambil keputusan untuk mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukan mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Apakah ego Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Itu semua akan dapat disaksikan dalam filem Warna Cinta Impian yang bakal menggegarkan pawagam tidak lama lagi.
Menampilkan pelakon berasal dari Singapura, Erwin Shah Dawson serta Shiqin Kamal sebagai teraju utama dalam Warna Cinta Impian, filem ini juga turut menggamit kenangan tersendiri apabila menggandingkan pasangan popular era 90-an iaitu Awie dan Erra Fazira.
Memulakan penggambaran pada tahun 2014, Warna Cinta Impian turut memilih beberapa lokasi menarik di luar negara seperti India dan Australia, selain di Malaysia.

Full Movie :-



No comments:

Post a Comment