Tuesday, April 11, 2017

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

Bahannya :-
  • 1 kg sotong sederhana besar(potong bulat2 dan toskan airnya hingga kering)
  • 1cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan tepung beras.
  • 1sudu teh serbuk kunyit.
  • 1 sudu teh garam halus.
  • 1 sudu teh serbuk lada putih.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam.
  • 1 biji telur
  •  Minyak utk menggoreng.

Cara-caranya :-

1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung,tepung beras,serbuk kunyit,garam dan lada putih serta lada hitam dalam mangkuk. Gaul sehingga tepung semua mesra dgn bahan2 tu.

2. Kemudian tepung yg dicampur bahan tadi bahagi dua, kemudian pecahkan telur dan gaul sehingga telur mesra dgn tepung. Masa ni nampak tepung macam doh, jangan ditambah air tau,tak apa nanti bila dimasukan sotong, air sotong akan keluar dan ia seperti gambar diatas. Sebelum tu garamkan dulu sotong bersama sedikit lada sulah, barulah digaul sotong tu dgn tepung tadi.


3. Panaskan minyak yg banyak supaya tenggelam sotong masa digoreng. Masa panaskan minyak ni pastikan minyak betul2 panas sewaktu menggoreng nanti

4. Celup sotong ke dalam tepung lebihan tadi. Gaul sepotong-sepotong jarak-jarak, jangan digaul sekali banyak(seperti gambar)

5. Masukkan sotong yg telah dicelup tepung , satu-satu dan jarakkan supaya tidak melekat. Guna api yg sederhana masa menggoreng supaya  sotong tidak meletop masa menggoreng.

6. Apabila dah kekuningan serta masak, angkat dan toskan dalam penapis.

No comments:

Post a Comment