Tuesday, April 11, 2017

Resepi Muffin Coklat


Muffin Coklat 

Bahan-bahan:- 

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk nescafe
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. 
  6. Bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja
Cara cara freeze muffin
Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di dalam freezer sehingga 3 bulan.

Untuk menggunakan muffin yang difrozen:
1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.

2. Keluarkan muffin dan biarkan ianya thaw sepenuhnya. Kemudian panaskan dalam microvave selama 20 saat dan tambah lagi sehingga mencapai kepanasan yang kita inginkan.

No comments:

Post a Comment