PENGENALAN
Kebanyakkan kita
menggunakan ICT untuk kegunaan seharian kita.Teknologi Komunikasi Maklumat
(ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.Sama
seperti lain-lain perkara yang baharu diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu
masyarakat iainya tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi
sebahagian dari budaya hidup.Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada
faktor-faktor seperti kemudahan untuk kecanggihannya dan manfaat yang boleh
diperolehi darinya. Justeru, penerimaan ahli-ahli masyarakat terhadap ICT juga
sama dengan penerimaan mereka terhadap lain-lain inovasi. Persepsi masyarakat
terhadap ICT merupakan faktor penentu yang penting kepada keputusan mereka
untuk menerima atau menolak teknologi ini.Penggunaan ICT dalam kehidupan
memberi impak yang positif kepada kita terutamanya memudahkan kita melakukan
kerja-kerja harian.Contohnya, memudahkan kita mencari maklumat semasa hanya
dengan melayari internet.Maka, penggunaan ICT pada masa sekarang sangat penting
dari kanak-kanak hingga dewasa.
DEFINISI
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Ruang lingkuo tajuknya sangat luas, ia berkenaan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Secara mudahnya, penggunaan komputer dan perisian
untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
Teknologi maklumat boleh
diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui,
teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran
maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya, teknologi maklumat tidak terhad
kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon,
fax , telegram dan satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
FUNGSI PENGGUNAAN ICT
v Membantu
pengurusan pendidikan
Teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan,
menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan
komunikasi dalam organisasi. ICT memang membantu dan menolong mereka(pengurus
sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat.
v Memperoleh
pelbagai sumber maklumat
Guru-guru boleh memperolehi
maklumat dari pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan
pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi. Tujuan utama
ICT adalah membantu sesuatu organisasi mencapai matlamat dengan membekalkan
pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi.
v Dapat jadikan
pendidikan dari jarak jauh
Pendidikan jarak jauh dapat
diwujudkan dengan adanya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin
menampakkan pembelajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna
pendidikan konvensional perlu dihapuskan. Sesetengah daripadanya perlu
dikekalkan bagi membolehkan pelajar mempelajari kemahiran tertentu.
v Perdagangan
elektronik
Perdagangan elektronik
ditakrifkan sebagai telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan
pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian, pengguna
tidak perlu keluar rumah untuk melakukan pemindahan kewangan.
v Memudahkan
aktiviti perbankan
Dengan adanya rangkaian
teknologi maklumat, aktiviti perbankan dan pasaran dapat dijalankan. Ini akan
member pengaruh besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti
tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa
saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti
tersebut dijalankan dengan selamat.
KEBAIKAN PENGGUNAAN
ICT
1. meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
- guru boleh mendapatkan
maklumat dengan lebih cepat melalui internet serta menyampaikan kepada
pelajar dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik apabila guru menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar seperti
penggunaan powerpoint, flash, video. Melalui cara ini proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat
kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik
serta mudah untuk difahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa
jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana
tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
2. mewujudkan suasana yang menyeronokkan.
- guru dapat
mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan ICT serta memperoleh maklumat
dengan cepat dan berkesan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru
dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih
cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat
digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Guru dapat melakukan pelbagai
aktiviti dengan menggunakan ICT yang akan menarik minat pelajar untuk
melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Penglibatan aktif daripada pelajar akan mewujudkan suasana yang
menyeronokkan dan pelajar akan lebih minat untuk belajar.
- melalui penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan
pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti
komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya. Proses
pengajaran yang melibatkan ICT secara tidak langsung akan melibatkan guru
dan pelajar menggunakan ICT. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akan
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam penggunaan teknologi.
- guru boleh menggunakan
ICT untuk menghasilkan bahan pengajaran yang menarik mengikut minat
pelajar. Jadi, guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih
berkesan dengan bantuan ICT. Contohnya, guru boleh menggunakan video untuk
pelajar yang lebih suka kepada gambaran. Oleh itu, guru dapat menarik
minat pelajar dan pelajar akan lebih fokus kepada pengajaran guru kerana
minat. Jadi, guru akan memberi peluang yang sama kepada semua murid dengan
menggunakan ICT dan diaplikasikan mengikut kehendak murid atau
kebohupayaan seseorang murid itu.
KEBURUKAN PENGGUNAAN
ICT
1. fitnah
mudah disebar
· fitnah
dapat disebar dengan mudah , ia memang sukar untuk dibendung kerana sesiapa
sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat, maklumat yang disiarkan sukar
untuk menentukan kesahihannya.
2. menjadikan
seseorang leka
· ICT
boleh menjadikan pelajar leka pada saat mereka menggunakan ICT, ia kerana
mereka telah salahgunanya dengan bermain game dan bersosial dengan masyarakat
luar.
3. terdedah
kepada perkara tidak baik
· pengguna
akan terdedah kepada perkara baik seperti cerita, gambar dan pembicaraan yang
berunsur lucah, ia akan mempengaruhi pengguna untuk melakukan sesuatu yang
tidak baik.
4. peningkatan
pengangguran
· penggunaan
bahasa inggeris dalam komunikasi perniagaan telah menyebabkan masyarakat kurang
mahir dalam penggunaan bahasa inggeris menganggur.
PENUTUP
Kesimpulannya, teknologi
maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih
selesa.Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang
positif.Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat dapat membangun dengan
fikiran yang inovatif dan kreatif.Penggunaan teknologi komunikasi ini boleh
mendatangkan kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada individu itu
sendiri tentang bagaimana ianya hendak memanfaatkan teknoloi tersebut terhadap
dirinya.Kebaikan ICT memang tidak dapat dinafikan, namun teknologi masa kini
memerlukan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimbulkan
sebarang kesan negative. Masyarakat perlu saling mengingatkan antara satu sama
lain bahawa ICT mampu memberi faedah yang berguna untuk kepentingan masa
hadapan.
No comments:
Post a Comment