Akhlak terpuji yang perlu diikuti oleh umat islam adalah akhlak Nabi Muhammad s.a.w.Menurut hadis riwayat Bukhari "Akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran".Menurut hadis riwayat Muslim,"Seumpama iman seseorang mukmin adalah mereka yang paling bagus akhlaknya".
AGAMA HINDU
Agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda yang mengandungi dasar ketuhanan dan prinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya.Prinsip tersebut ialah sifat patuh dan disiplin dalam melaksanakan upacara keagamaan.Apabila seseorang dapat melaksanakan kewajipan tersebut dengan sempurna,maka dia dianggap mencapai darjat kemuliaan yang sebenar.Sebaliknya sesiapa melalaikan perkara tersebut maka dia berdosa.
Tanda-tanda kebaikan dalam agama Hindu adalah kemerdekaan,kesihatan,kekayaan dan kebahgiaan.Tanda-tanda kejahatan pula adalah perhambaan ,sakit,fakir,dan kecekelakaan.Jelasnya,prinsip etika Hindu adalah peraturan agama itu dipandang sebagai sumber segala kemuliaan akhlak manusia (www.terato/edu/sejarah/Bab1/bab1)
Etika sangat dititik beratkan dalam agama Hindu.Etika dalam agama Hindu bergantung kepada prindip Brahma yang menjadi dasar kepada norma yang teratur dan bermatlamat.Ia bermaksud keadilan,kebaikan,kesucian,benar,sederhana,dan suci.Brahma ini menjadi kod etika yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia.Brahma merupakan satu daripada matlamat hidup yang mesti diikuti berdasarkan kelas dan status seseorang.
AGAMA BUDDHA
Pengajaran Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama.Menurut ajaran Buddha,terdapat Empat Kebenaran Mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu :
- Hidup manusia penuh penderitaan.Sengsara dan sakit adalah sebagai suatu kebiasaan dalam kehidupan di maya pada ini.
- Manusia menderita kerana nafsu.Manusia dilahirkan semula ke dunia ini.
- Manusia menderita kerana nafsu.Manusia dilahirkan semula ke dunia ini (reinkarnasi) disebabkan oleh rohnya yang kotor yang mengikut nafsu.
- Manusia perlu menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana.
- Penderitaan dapat dihapuskan dengan mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia.Manusia wajib menjauhi rintangan dalam melepaskan nafsunya iaitu dengan memadamkan semua keinginan dan kesukaan.
Jalan Lapan Lapis Mulia menurut ajaran Buddha ialah pengetahuan yang baik,pemikiran yang baik,pertapaan yang baik,perkataan yang baik,keinginan yang baik,kelakuan yang baik,usaha yang baik dan kehidupan yang baik (www.terato.com/edu/sejarah/Bab1/bab1)
Semuanya ini dapat dicapai dengan melakukan perkara seperti menzalimi kebaikan,bersifat kasih sayang,suka menolong,mencintai orang lain,suka memaafkan orang lain,bersikap ringan tangan dalam melakukan kebaikan dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri.
Kerangka dasar ajaran Buddha ialah :
- Ajaran tentang sradha (keyakinan)
- Ajaran tentang sila (etika)
Sila atau budi pekerti manusia dititikberatkan suapaya manusia boleh mencapai suatu kebijaksanaan yang sempurna .Kesempurnaan ini dapat diperoleh dengan mengamalkan enam jalan sempurna iaitu pemberian dalam bentuk kebendaan dan moral; pemikiran yang tenang dan seimbang; semangat yang berkorbar-kobar dan penuh perjuangan untuk mencapai tujuan; dan niat untuk mempersatukan pemikiran.
- Ajaran tentang ritual (bhakti)
Rasa hormat dan sujud kepada sesuatu yang harus dihormati.
AGAMA KRISTIAN
Agama kristian diasaskan oleh Jesus Christ.Segala ajaran Jesus Christ terkandung dalam kitab Injil.Ajaran agama kristian menitikberatkan unsur kasih sayang dan belas kasihan antara sesama manusia.Ajaran asanya ialah mencintai Tuhan dengan sepenuh hati dan mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri.Ajaran Kristian yang terkandung dalam kitab Injil memimpin manusia ke arah jalan yang cerah,baik,beretika mengelakkan diri daripada perkara buruk atau dosa.Dalam old testament (Pejanjian Lama) ada menyebutkan undang-undang yang berupa The Ten Commandments yang diperkenankan Tuhan melalui para nabi bertujuan supaya manusia mengamalkan cara hidup yang baik iaitu :
- Jangan ada padamu Tuhan lain di hadapanku'
- Jangan bagimu apa-apa patung yang merupai apa-apa di langit ,bumi atau bawah bumi ini
- Jangan menyebut nama Tuhanmu dengan sebarangan
- Tetaplah ingat dan kuduskanlah hari sabth
- Hormatlah ayah dan ibumu
- Jangan membunuh
- Jangan mencuri
- Jangan membuat tuduhan palsu
- Jangan mengingini apa-apa yang dipunyai oleh jiranmu
Selain daripada itu,Old Testament juga menekankan keadilan,kejujuran, dan berbuat baik.Dalam New Testament prinsip etika turut ditekankan seperti mengasihi Tuhan dengan menurut segala ajaran dengan berbuat baik dengan mengelakkan kejahatan,berbuat baik kepada orang lain terutamanya jiran.Tujuan hidup bukan hanya untuk mengumpul kebendaan,kedudukan dan pangkat kerana itu tidak kekal.Manusia hendaklah merendah diri,sabar,berlemah-lembut,bertolak-ansur, dan bantu-membantu.Elakkan arak,judi,hasad dengki,cepat marah dan sifat-sifat lain yang tercela.Kecintaan terhadap kebendaan ,tamak terhadap harta benda dan kemewahan,kewangan,seks,nama dan kuasa merupakan tarikan syaitan yang akhirnya mendorong manusia menjadi tidak beretika dan bermoral.Manusia diberi akal fikiran untuk menilai,mempertimbangkan dan membuat keputusan sama ada baik atau buruk.
AJARAN CONFUSIONSME
Ajaran confusionsme dibawa oleh Kug FU Tse,seorang ahli falsafah Cina yang terkenal membawa nilai-nilai dan ajarannya.Ajaran etika beliau termasuklah :
- Orang yang bijaksana mampu untuk mencapai kesempurnaan berbanding dengan orang biasa.
- Kebijaksanaan boleh dicapai melalui proses berfikir,menakul,menganalisis,meneliti,dan belajar mencari kebenaran.Hanya kebenaran dapat menghasilkan etika yang baik.
- Berkhalwat atau mengasingkan diri untuk beribadat dianggap beretika.
- Sentiasa gemarkan majlis ilmu.Sentiasa menghadiri dan menganjurkan perbincangan yang berkaitan dengan ilmu secara terbuka.
- Membimbing dan menyebarluaskan ilmu berkaitan dengan etika kepada ahli masayarakat.Sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan mengamalkan etika yang baik supaya kehidupan mulia yang dapat dicapai.
- Masyarakat yang digalakkan mengamalkan etika yang baik dan mngelakkan amalan yang jahat suapaya hidup selesa dan bahagia.
Kesimpulannya,semua gama menghendaki pengikut dan penganutnya berakhlak mulia berpandukan kitab suci dan ajaran agama masing-masing .Setiap individu perlu berakhlak mulia sesama insan lain biar pun berlainan anutan agama.
No comments:
Post a Comment