Saturday, December 31, 2016
Wednesday, December 28, 2016
8 Sifat seorang mukmin
- Aqidah yang sejahtera
- 2️⃣Ibadah yang benar
- 3️⃣Akhlak yang mantap
- 4️⃣Luas pengetahuan
- 5️⃣Melawan bawa nafsu
- 6️⃣Menjaga masa
- 7️⃣Memberi manfaat kepada orang lain
- 8️⃣Tersusun semua urusan
6 Perkara untuk mendapat ilmu pengetahuan
- 1️⃣ Mempunyai kecerdikan
- 2️⃣ Minat
- 3️⃣ Bersungguh-singgah
- 4️⃣ Perbelanjaan
- 5️⃣ Hubungan baik dengan guru dan pelajar
- 6️⃣Tempoh masa yang panjang
Akhlak Menurut Pandangan Beberapa Agama dan Kepercayaan Agama Islam
Dalam islam para rasul dipertanggungjawabkan memikul tugas membawa akhlak yang mulia.Para rasul diutuskan oleh Allah s.w.t untuk memperbaiki akhlak yang rosak dan mengajar kepada umat manusia akhlak yang mulia.Walaupun para nabi dan rasul diutus untuk umat yang berbeza-beza dalam suasana yang berbeza namun tujuan mereka tetap sama iaitu berusaha membawa manusia kepada jalan Allah,menyembah hanya kepada Allah ,mengerjakan perbuatan yang baik dan menjauhi perbuatan yang mungkar.
Akhlak terpuji yang perlu diikuti oleh umat islam adalah akhlak Nabi Muhammad s.a.w.Menurut hadis riwayat Bukhari "Akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran".Menurut hadis riwayat Muslim,"Seumpama iman seseorang mukmin adalah mereka yang paling bagus akhlaknya".
AGAMA HINDU
Agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda yang mengandungi dasar ketuhanan dan prinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya.Prinsip tersebut ialah sifat patuh dan disiplin dalam melaksanakan upacara keagamaan.Apabila seseorang dapat melaksanakan kewajipan tersebut dengan sempurna,maka dia dianggap mencapai darjat kemuliaan yang sebenar.Sebaliknya sesiapa melalaikan perkara tersebut maka dia berdosa.
Tanda-tanda kebaikan dalam agama Hindu adalah kemerdekaan,kesihatan,kekayaan dan kebahgiaan.Tanda-tanda kejahatan pula adalah perhambaan ,sakit,fakir,dan kecekelakaan.Jelasnya,prinsip etika Hindu adalah peraturan agama itu dipandang sebagai sumber segala kemuliaan akhlak manusia (www.terato/edu/sejarah/Bab1/bab1)
Etika sangat dititik beratkan dalam agama Hindu.Etika dalam agama Hindu bergantung kepada prindip Brahma yang menjadi dasar kepada norma yang teratur dan bermatlamat.Ia bermaksud keadilan,kebaikan,kesucian,benar,sederhana,dan suci.Brahma ini menjadi kod etika yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia.Brahma merupakan satu daripada matlamat hidup yang mesti diikuti berdasarkan kelas dan status seseorang.
AGAMA BUDDHA
Pengajaran Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama.Menurut ajaran Buddha,terdapat Empat Kebenaran Mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu :
Akhlak terpuji yang perlu diikuti oleh umat islam adalah akhlak Nabi Muhammad s.a.w.Menurut hadis riwayat Bukhari "Akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran".Menurut hadis riwayat Muslim,"Seumpama iman seseorang mukmin adalah mereka yang paling bagus akhlaknya".
AGAMA HINDU
Agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda yang mengandungi dasar ketuhanan dan prinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya.Prinsip tersebut ialah sifat patuh dan disiplin dalam melaksanakan upacara keagamaan.Apabila seseorang dapat melaksanakan kewajipan tersebut dengan sempurna,maka dia dianggap mencapai darjat kemuliaan yang sebenar.Sebaliknya sesiapa melalaikan perkara tersebut maka dia berdosa.
Tanda-tanda kebaikan dalam agama Hindu adalah kemerdekaan,kesihatan,kekayaan dan kebahgiaan.Tanda-tanda kejahatan pula adalah perhambaan ,sakit,fakir,dan kecekelakaan.Jelasnya,prinsip etika Hindu adalah peraturan agama itu dipandang sebagai sumber segala kemuliaan akhlak manusia (www.terato/edu/sejarah/Bab1/bab1)
Etika sangat dititik beratkan dalam agama Hindu.Etika dalam agama Hindu bergantung kepada prindip Brahma yang menjadi dasar kepada norma yang teratur dan bermatlamat.Ia bermaksud keadilan,kebaikan,kesucian,benar,sederhana,dan suci.Brahma ini menjadi kod etika yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia.Brahma merupakan satu daripada matlamat hidup yang mesti diikuti berdasarkan kelas dan status seseorang.
AGAMA BUDDHA
Pengajaran Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama.Menurut ajaran Buddha,terdapat Empat Kebenaran Mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu :
- Hidup manusia penuh penderitaan.Sengsara dan sakit adalah sebagai suatu kebiasaan dalam kehidupan di maya pada ini.
- Manusia menderita kerana nafsu.Manusia dilahirkan semula ke dunia ini.
- Manusia menderita kerana nafsu.Manusia dilahirkan semula ke dunia ini (reinkarnasi) disebabkan oleh rohnya yang kotor yang mengikut nafsu.
- Manusia perlu menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana.
- Penderitaan dapat dihapuskan dengan mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia.Manusia wajib menjauhi rintangan dalam melepaskan nafsunya iaitu dengan memadamkan semua keinginan dan kesukaan.
Jalan Lapan Lapis Mulia menurut ajaran Buddha ialah pengetahuan yang baik,pemikiran yang baik,pertapaan yang baik,perkataan yang baik,keinginan yang baik,kelakuan yang baik,usaha yang baik dan kehidupan yang baik (www.terato.com/edu/sejarah/Bab1/bab1)
Semuanya ini dapat dicapai dengan melakukan perkara seperti menzalimi kebaikan,bersifat kasih sayang,suka menolong,mencintai orang lain,suka memaafkan orang lain,bersikap ringan tangan dalam melakukan kebaikan dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri.
Kerangka dasar ajaran Buddha ialah :
- Ajaran tentang sradha (keyakinan)
- Ajaran tentang sila (etika)
Sila atau budi pekerti manusia dititikberatkan suapaya manusia boleh mencapai suatu kebijaksanaan yang sempurna .Kesempurnaan ini dapat diperoleh dengan mengamalkan enam jalan sempurna iaitu pemberian dalam bentuk kebendaan dan moral; pemikiran yang tenang dan seimbang; semangat yang berkorbar-kobar dan penuh perjuangan untuk mencapai tujuan; dan niat untuk mempersatukan pemikiran.
- Ajaran tentang ritual (bhakti)
Rasa hormat dan sujud kepada sesuatu yang harus dihormati.
AGAMA KRISTIAN
Agama kristian diasaskan oleh Jesus Christ.Segala ajaran Jesus Christ terkandung dalam kitab Injil.Ajaran agama kristian menitikberatkan unsur kasih sayang dan belas kasihan antara sesama manusia.Ajaran asanya ialah mencintai Tuhan dengan sepenuh hati dan mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri.Ajaran Kristian yang terkandung dalam kitab Injil memimpin manusia ke arah jalan yang cerah,baik,beretika mengelakkan diri daripada perkara buruk atau dosa.Dalam old testament (Pejanjian Lama) ada menyebutkan undang-undang yang berupa The Ten Commandments yang diperkenankan Tuhan melalui para nabi bertujuan supaya manusia mengamalkan cara hidup yang baik iaitu :
- Jangan ada padamu Tuhan lain di hadapanku'
- Jangan bagimu apa-apa patung yang merupai apa-apa di langit ,bumi atau bawah bumi ini
- Jangan menyebut nama Tuhanmu dengan sebarangan
- Tetaplah ingat dan kuduskanlah hari sabth
- Hormatlah ayah dan ibumu
- Jangan membunuh
- Jangan mencuri
- Jangan membuat tuduhan palsu
- Jangan mengingini apa-apa yang dipunyai oleh jiranmu
Selain daripada itu,Old Testament juga menekankan keadilan,kejujuran, dan berbuat baik.Dalam New Testament prinsip etika turut ditekankan seperti mengasihi Tuhan dengan menurut segala ajaran dengan berbuat baik dengan mengelakkan kejahatan,berbuat baik kepada orang lain terutamanya jiran.Tujuan hidup bukan hanya untuk mengumpul kebendaan,kedudukan dan pangkat kerana itu tidak kekal.Manusia hendaklah merendah diri,sabar,berlemah-lembut,bertolak-ansur, dan bantu-membantu.Elakkan arak,judi,hasad dengki,cepat marah dan sifat-sifat lain yang tercela.Kecintaan terhadap kebendaan ,tamak terhadap harta benda dan kemewahan,kewangan,seks,nama dan kuasa merupakan tarikan syaitan yang akhirnya mendorong manusia menjadi tidak beretika dan bermoral.Manusia diberi akal fikiran untuk menilai,mempertimbangkan dan membuat keputusan sama ada baik atau buruk.
AJARAN CONFUSIONSME
Ajaran confusionsme dibawa oleh Kug FU Tse,seorang ahli falsafah Cina yang terkenal membawa nilai-nilai dan ajarannya.Ajaran etika beliau termasuklah :
- Orang yang bijaksana mampu untuk mencapai kesempurnaan berbanding dengan orang biasa.
- Kebijaksanaan boleh dicapai melalui proses berfikir,menakul,menganalisis,meneliti,dan belajar mencari kebenaran.Hanya kebenaran dapat menghasilkan etika yang baik.
- Berkhalwat atau mengasingkan diri untuk beribadat dianggap beretika.
- Sentiasa gemarkan majlis ilmu.Sentiasa menghadiri dan menganjurkan perbincangan yang berkaitan dengan ilmu secara terbuka.
- Membimbing dan menyebarluaskan ilmu berkaitan dengan etika kepada ahli masayarakat.Sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan mengamalkan etika yang baik supaya kehidupan mulia yang dapat dicapai.
- Masyarakat yang digalakkan mengamalkan etika yang baik dan mngelakkan amalan yang jahat suapaya hidup selesa dan bahagia.
Kesimpulannya,semua gama menghendaki pengikut dan penganutnya berakhlak mulia berpandukan kitab suci dan ajaran agama masing-masing .Setiap individu perlu berakhlak mulia sesama insan lain biar pun berlainan anutan agama.
TEKNOLOGI MAKLUMAT : KEHIDUPAN SELEPAS ICT
1.0 PENGENALAN
Globalisasi merupakan suatu proses di
peringkat global yang meliputi pelbagai dimensi seperti aspek ekonomi, politik,
budaya dan ideologi (Mittelman 1996; Waters 1995). Proses ini telah berlaku
dengan kadar masa yang pantas telah mencetuskan satu bentuk revolusi yang
membawa kepada perubahan ke atas kehidupan masyarakat dunia amnya dan
masyarakat di negara ini khususnya. Menurut Ishak Shari (2000) globalisasi
dijadikan satu konsep penting yang dapat membantu kita memahami transformasi
masyarakat dunia dengan menarik perhatian kita kepada perubahan asas yang
meliputi aspek ekonomi, politik, ideologi serta budaya dan globalisasi ini juga
merupakan satu konsep yang bersifat pelbagai atau plural kerana globalisasi
mempunyai dimensinya yang tersendiri di mana ia merangkumi aspek-aspek ekonomi,
politik, budaya, sosialisasi dan ideologi. Globalisasi dianggap sebagai proses
yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan
dan kedudukan geografi sesebuah negara. Dunia tidak lagi mempunyai sempadan.
Ledakan maklumat menerusi perantaraan media komunikasi seperti internet,
satelit, media elektronik, dan teknologi siber, khususnya teknologi komputer
telah menjadikan ruang udara dan langit sesebuah negara terbuka luas. Dalam
konteks kehidupan manusia, globalisasi meliputi bidang politik, sosial, dan
ekonomi dan secara tidak langsung membawa kesan kepada masyarakat seperti
perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak. Menurut
Harshita Aini Haroon (2004)globalisasi adalah satu ideologi ekonomi namun,
dalam konteks kefahaman yang lebih luas, takrifan globalisasi menerjah ke
pelbagai aspek kehidupan seharian manusia dan memberi kesan kepada bukan saja
sistem. Sebelum era globalisasi, dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari
dengan sempadan-sempadan, 2 kini fenomena globalisasi telah menjadikan ruang di
dunia semakin mengecil. Semuanya ini berpunca dari kemajuan teknologi komputer
dan ledakan teknologi maklumat menerusi teknologi internet, satelit, media
elektronik, dan teknologi siber. Globalisasi juga membawa maksud fenomena yang
menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manusia mudah mendapat maklumat dan
sukar menapis unsur negatif yang meresap dalam hati dan minda. Sudah pasti
apabila membincangkan berkenaan sesuatu proses yang berlaku, terdapat satu
pemangkin yang dapat mempercepat mahupun melambatkan sesuatu proses itu.
Ledakan teknologi yang berlaku di sepanjang peradaban manusia terutama
teknologi maklumat merupakan pemangkin utama kepada globalisasi. Perkembangan
penggunaan teknologi di seluruh dunia telah mewujudkan satu bentuk revolusi
maklumat di mana Alvin Toffler (1990) dalam bukunya, Power Shift menyatakan
bahawa zaman pertanian dan zaman perindustrian yang berlanjutan selama tempoh
beberapa kurun yang lalu akan berakhir dan digantikan dengan era alaf baru
iaitu zaman ledakan maklumat yang berkembang daripada pembangunan teknologi
komunikasi. Sementara itu, Bell (1979), berpandangan maklumat merupakan faktor
terpenting dalam masyarakat pascaindustri. Pada zaman ini berlaku perubahan
dalam sistem ekonomi daripada menghasilkan barangan kepada masyarakat
berdasarkan maklumat (information based society). Beliau berpandangan akan berlaku
satu bentuk ledakan teknologi intelektual yang baru berdasarkan komputer dan
masyarakat akan mudah berurusan dalam perkembangan teknologi ini. Justeru,
perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang berlaku mempunyai
perkaitan yang signifikan dengan globalisasi. Perkembangan ini telah membawa
perubahan yang besar kepada masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya
memandangkan negara kita merupaka sebuah negara yang pesat membangun dan
mengambil kesempatan di atas globalisasi yang berlaku. ICT yang menjadikan
sesebuah masyarakat itu lebih maju kehadapan di dalam era globalisasi telah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin pantas mencapai
kemodenan. Walau bagaimanapun, kemajuan ICT dilihat banyak menimbulkan isu dan
memberi cabaran kepada masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, kertas kerja
ini akan membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi dalam masyarakat Malaysia
di dalam 3 menelusuri era revolusi maklumat kesan daripada globalisasi. Fokus
utama akan diberikan kepada impak kepada masyarakat daripada aspek sosial
sungguhpun impak ICT turut memberi impak kepada sektor kesihatan, pendidikan
dan keselamatan. Di peringkat awal perbincangan, kertas kerja ini turut akan
membincangkan definisi konsep globalisasi serta membincangkan mengenai
perkembangan ICT di Malaysia.
1.0
DEFINISI KONSEP
1.1 Globalisasi
Globalisasi
secara amnya merupakan satu proses yang menstrukturkan dunia di bawah satu unit
yang sama tanpa dibatasi oleh faktor persempadanan dan geografi sesebuah
negara. Daripada aspek definisi, globalisasi boleh ditafsirkan daripada
pelbagai perspektif seperti ekonomi, sosial, budaya mahupun politik. Namun,
definisi globalisasi daripada perspektif sosiologi, globalisasi merupakan satu
proses peningkatan jaringan dan saling bergantungan antara satu masyarakat
dengan satu masyarakat yang lain (Andersen&Taylor 2013). Macionis dan
Plummer (2008) pula menyatakan bahawa globalisasi dapat didefinisikan dalam
pelbagai bentuk yang mana inti pati kepada istilah ini adalah peningkatan perhubungan
dan jaringan masyarakat. Masyarakat dalam konteks globalisasi boleh dilihat
dalam ruang lingkup yang lebih luas termasuklah negara dan bangsa. Menerusi
globalisasi, negara-negara di dunia ini tidak lagi dilihat sebagai sebuah
entiti yang berasingan malahan negara-negara ini saling berhubungan dalam
melaksanakan aktivitiaktiviti seperti kegiatan ekonomi yang mana lama-kelamaan
negara-negara tersebut saling bergantung antara satu sama lain. Menurut Abdul
Rahman Embong (2000), globalisasi terdapat dilihat daripada beberapa aspek
iaitu; pertama, globalisasi sebagai proses; kedua, globalisasi sebagai keadaan
ekonomipolitik dan budaya yang lahir daripada proses itu dan; ketiga,
globalisasi sebagai ideologi. Daripada aspek globalisasi sebagai proses, ia
merupakan transisi daripada pelbagai proses yang membolehkan sesebuah negara
melangkaui sempadan negara lain. Proses ini melibatkan proses transnasional dan
struktur domestik yang kukuh yang mendorong ekonomi dan politik menjadi jentera
utama kepada proses globalisasi. Faktor ekonomi dilihat sebagai peneraju utama
di dalam 4 proses ini. Pengaturan pengeluaran, pertukaran, agihan dan
kepenggunaan yang bergantungan kepada sistem pasaran merupakan aspek ekonomi
dalam proses globalisasi. Daripada aspek politik, demokrasi dan hak asasi
manusia menjadi tunjang kepada proses globalisasi yang mana ia merupakan
prinsip yang bersifat sejagat yang perlu diterima oleh semua pihak manakala
daripada aspek budaya berlakunya evolusi kepenggunaan Amerika Syarikat ke
seluruh pelosok dunia yang dikenali sebagai McDonaldisation of society yang
membawa arus perubahan ke dalam kehidupan dan pemikiran agar budaya ini menjadi
nilai dan norma dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Aspek ideologi
pula dilihat sebagai satu set kepercayaan atau pegangan yang dianggap benar
oleh seseorang atau kumpulan dan dipertahankan dan seterusnya dipropagandakan
ke seluruh pelosok dunia dan harus diterima oleh orang lain. Ia berfungsi untuk
meyakini manusia bahawa mereka akan berhadapan dengan ‘keadaan tanpa
alternatif’ di mana mereka perlu bergantung pada kuasa pasaran di samping
liberalisasi, penswastaan mahupun individualisme.
1.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Secara amnya, teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) adalah salah satu
bentuk teknologi digital yang semakin berkembang dan digunakan secara meluas
dewasa ini diserata dunia. Menurut The Linked Word (2011) ICT merupakan satu
terma yang merujuk kepada semua alat komunikasi atau aplikasi termasuklah
radio, televisyen, telefon cellular, komputer dan peranti rangkaian dan
software, sistem satelit, termasuk juga pelbagai perkhidmatan dan aplikasi yang
berkaitan dengannya seperti video conferencing. Penggunaan terma ini adalah
‘interchangeable’ atau turut merujuk kepada teknologi digital dan teknologi
maklumat (IT) kerana konsep-konsep ini merujuk kepada satu asas yang sama iaitu
teknologi yang diaplikasikan kepada perkembangan maklumat dan komunikasi.
Teknologi maklumat pula merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk memindah,
menyebar dan memaparkan maklumat. Maklumat tersebut wujud dalam pelbagai bentuk
sama ada bentuk fizikal, contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan
visual dan pergerakan. Perkembangan teknologi maklumat di dalam mencapai suatu
tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu didalam kehidupan manusia.
Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan
pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan, contohnya pengiklanan ,
pemberitahuan, telekomunikasi 5 dan sebagainya. Teknologi juga merupakan medium
yang digunakan dengan bantuan sains untuk mencapai taraf hidup yang lebih
tinggi. Justeru itu, kemajuan yang dicapai oleh sesebuah negara adalah hasil
gabungan ilmu sains dan media teknologi yang jitu kerana ia memiliki hubungkait
yang amat besar dalam kehidupan msyarakat hari ini. Schramm (1988) menekankan
bahawa setiap perkembangan utma dalam komunikasi manusia telah bermula dari
suatu perkembangan baru yang penting dalam teknologi komunikasi. Beliau
menegaskan perkembangan ini sebagai satu revolusi komunikasi yang merupakan
sebahagian daripada rangkaian perubahan yang bersinambungan dalam sejarah
kehidupan manusia. Sememangnya masyarakat ketika ini sedang mengalami
pembaharuan. Dissayanake (1983), sebelum Schram juga pernah menyatakan
pembaharuan ini diertikan sebagai revolusi komunikasi yang memungkinkan
berlakunya ledakan teknologi komunikasi yang pelbagai seperti satelit,
kamputer, radio bertahap tinggi dan sebagainya. Perkembangan ini akan menjurus
kepada ledakan sumber maklumat dan komunikasi yang meluas. Masyarakat kini
sedang mengalami arus perubahan dan kini muncul sebagi satu kelompok masyarakat
yang baru, yang dikenali sebagai masyarakat bermaklumat. Masyarakat kini kian
menjadi matang dalam dunia maklumat. Perkembangan kelompok tersebut dikenali
dengan pelbagai nama atau panggilan contohnya, George Lichteim menyebut zaman
mereka sebagai zaman post-bourgeois, Ralph Dahrendorf member istilah
post-capitalism, Kenneth Boulding mengenali mereka sebagai post-civilized,
Amitai Etzioni menyatakan post-modern, Herman Kahn menggunakan sebutan
post-economic dan pelbagai lagi. Namun, ahli sosiologi Harvard, Daniel Bell
menggunakan istilah yang agak tepat iaitu masyarakat post-industrial. Bell
(1979), berpandangan maklumat merupakan faktor terpenting dalam masyarakat
pascaindustri. Pada zaman ini berlaku perubahan dalam system ekonomi daripada
menghasilkan barangan kepada masyarakat yang berdasarkan maklumat (information
based society). Pada Pandangan Bell akan berlaku satu teknologi intelektual
yang baru berdasarkan komputer dan masyarakat akan mudah berurusan dalam
perkembangan tekonologi ini.
1.3 PERKEMBANGAN ICT DI MALAYSIA
Selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai usaha telah diambil untuk
membangunkan negara berasaskan acuan sendiri dan diterajui oleh bangsa Malaysia
sendiri. Sudah pasti, di dalam menelurusi proses pembangunan daripada era pasca
kemerdekaan sehingga kini, terdapat pelbagai pendekatan yang telah diambil bagi
merealisasikan setiap perancangan yang telah dilakukan. Kemodenan yang dikecapi
kini telah banyak dipengaruhi oleh perkembangan ICT yang berlaku bermula
daripada aplikasi teknologi maklumat untuk keperluaan pekerjaan sehinggalah
kepada peranan teknologi maklumat ke dalam kehidupan seharian. Kepentingan
Malaysia dalam mengaplikasikan ICT di dalam pembangunan negara adalah didorong
oleh peranan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dengan berpaksikan
sektor ekonomi menerusi perdagangan bebas bersama negara serantau seperti ASEAN
dan juga kuasa-kuasa besar ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan
China (Taufiq Hail 2012). Dengan adanya perhubungan yang menggunakan teknologi
maklumat, secara tidak langsung urusan perniagaan misalnya dapat dilakukan
dengan kadar segera dan juga kos yang amat rendah. Perkembangan pesat di dalam
bidang ICT di Malaysia turut menjadi pemangkin kepada transformasi ekonomi yang
dapat menggerakkan pembangunan negara ke arah menuju sebuah negara maju yang
berpendapatan tinggi. Menurut Habibah Lehar (2008), ICT telah diterima pakai
dalam kerangka pembangunan Malaysia sebagai alat atau jentera yang mampu
mendokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dan seterusnya berkeupayaan untuk
meningkatkan kualiti dan taraf hidup penduduk Malaysia. Sebagai langkah
proaktif, pada tahun 2008, kerajaan telah menubuhkan National Information
Technology Council (NITC). Majlis ini berperanan untuk mengkordinasikan semua
perancangan ICT sama ada di peringkat kerajaan mahupun swasta di samping
bertindak sebagai badan pemantau, penilai dan menjadi peneraju utama di dalam
membangun dan merangka Pelan Teknologi Maklumat Kebangsaan. Perancangan yang
dilaksanakan turut mengambil kira segala pelaksanaan yang berkaitan dengan
teknologi maklumat yang telah digunapakai oleh kerajaan Malaysia semenjak tahun
1970an lagi. Di 7 samping itu, majlis ini turut bertindak di dalam merangka,
membangun dan melaksanakan program-program utama yang bermatlamat untuk
mentransformasikan masyarakat Malaysia ke arah ‘knowledge based society’ (KMMM
2014). Jika diimbau perkembangan ICT di Malaysia, pelaksanaan secara berskala
besar sudah mula dilaksanakan seawal era 80an menerusi Rancangan Malaysia Ke
Lima (RMK 5) daripada tahun 1986-1990 (Unit Perancang Ekonomi 2012). Di
sepanjang tempoh tersebut, Kerajaan Malaysia telah mula memberikan keutamaan
kepada bidang ICT terutama menyediakan infrastruktur di kawasan bandar yang
menjadi fokus kepada sektor ekonomi dan seterusnya ke kawasan luar bandar.
Dengan berkembangnya infrastruktur ini, penubuhan syarikat-syarikat yang berasaskan
ICT yang melibatkan hardware dan software sudah mula bertapak dan secara tidak
langsung, peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan kemasukan
tenaga-tenaga mahir daripada luar semakin bertambah. Dalam hasrat untuk
merealisasikan segala perancangan yang dijana, infrastruktur secara fizikal
diperlukan sebagai landasan bagi memacu setiap perancangan tersebut. Pada tahun
1996, mantan Perdana Menteri Malaysia Ke Lima iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad
telah melancarkan Multimedia Super Corridor (MSC) seluas 15 kilometer lebar dan
50 kilometer panjang iaitu bermula daripada Menara Berkembar KLCC di Kuala
Lumpur sehinggalah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.
Pelaksanaan ini adalah berdasarkan amalan terbaik (best practices) yang telah dilakukan
oleh Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Silicon Valley. Selain daripada
menjadi landasan fizikal kepada pembangunan ICT di Malaysia, MSC turut
berperanan mentransformasikan Malaysia ke arah pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan (knowledge-based economy) menjelang tahun 2020 (Habibah Lehar
2008). Terdapat tiga fasa utama pembangunan MSC iaitu fasa pertama (1996-2003)
yang memfokuskan kepada merancangan dan menubuhkan MSC; fasa kedua (2004-2010)
iaitu menghubungkan MSC dengan bandar cyber seperti Cyberjaya dan fasa ketiga
(2010-2020) iaitu mentransformasikan masyarakat Malaysia ke arah masyarakat
berpengatahuan. Di sepanjang tempoh pembangunan dan pelaksanaan sehingga kini,
beberapa inisiatif telah berjaya dihasilkan seperti pelaksanaan Mykad, telemedicine
dan e-government. 8 Langkah untuk mengarusperdanakan ICT ke segenap pelusuk
negara diteruskan dengan lebih rencam di Rancangan Malaysia KeLapan (RMK-8)
yang bermula pada tahun 2001. Usaha terus diperhebat dalam menyediakan landasan
yang lebih kukuh bagi membolehkan negara beralih ke arah ekonomi berasaskan
pengetahuan. Tumpuan diberikan kepada usaha menggalakkan ICT sebagai pemacu
strategik bagi menyokong dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan
ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup penduduk. Pelaburan yang besar telah
dibuat untuk menyedia infrastruktur komunikasi bagi meningkatkan kebolehcapaian
serta menambah baik institusi dan persekitaran kawal selia yang berkaitan.
Penekanan yang lebih diberikan kepada usaha meningkatkan tahap penggunaan ICT
dalam pelbagai sector ekonomi, antara kawasan bandar dengan luar bandar serta
di kalangan pelbagai lapisan masyarakat (Unit Perancang Ekonomi 2012).
Inisiatif yang diambil ini diteruskan pada Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK
9) yang bermula pada tahun 2006. Perkembangan persekitaran global yang lebih
terbuka telah memberi kesan besar kepada usaha meningkatkan pasaran global
Malaysia. Memandangkan ICT merupakan antara penentu utama dalam proses
pembangunan negara, langkah proaktif telah diambil oleh pihak kerajaan menerusi
meningkatkan prasarana yang lebih lengkap dan canggih untuk mengarusperdanakan
akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT yang lebih menyeluruh.
2.0
IMPAK ICT TERHADAP
MASYARAKAT MALAYSIA
Perkembangan ICT
di Malaysia merupakan satu bentuk transformasi teknologi yang banyak membawa
kepada perubahan gaya hidup. Kini, masyarakat dunia dirasakan semakin sempit
kerana apa yang berlaku dapat diketahui oleh setiap pelusuk dunia dalam
beberapa saat sahaja. Masyarakat Malaysia juga turut tidak ketinggalan di dalam
merasai ledakan perkembangan teknologi maklumat ini. Menurut Castell dan
Cordoso (2005), dunia kini sedang menelusuri proses transformasi struktur yang
telah bermula lebih daripada dua dekad dahulu dan masyarakat seharusnya
membentuk teknologi dan bukan sebaliknya. Berdasarkan pandangan ini,sudah pasti
ICT telah dan boleh memberikan impak yang positif kepada masyarakat terutama
dalam meningkatkan kualiti hidup di dalam dunia yang semakin mencabar kini.
Walau bagaimanapun, di sebalik sumbangan ICT yang secara idealnya memberi
kesenangan kepada manusia, terdapat juga kesan negatif kepada manusia jika
tidak digunakan dengan sebaiknya. 9
2.1 Masyarakat Rangkaian (Network Society) Impak positif daripada
perkembangan ICT di Malaysia dapat dilihat menerusi kewujudan masyarakat
rangkaian yang berlaku kepada masyarakat Malaysia. Menurut Jones (2003),
revolusi maklumat yang berlaku di era moden ini merupakan faktor utama yang
mendorong kepada berkembangnya masyarakat rangkaian ini. Revolusi ini telah
merubah kaedah manusia berkomunikasi daripada aspek masa dan ruang yang mana
kedua-dua konsep ini adalah inti pati utama di dalam globalisasi. Jones (2003)
turut berpandangan bahawa revolusi yang berlaku telah merubah pengurusan
kapitalisme terutamanya daripada aspek kewangan yang mana majoriti aktiviti
kewangan kini adalah bersifat global dan dikendalikan secara elektronik.
Seterusnya, revolusi ini turut memberi kesan kepada masyarakat menerusi
penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian yang banyak membantu dan
memudahkan urusan seharian manusia. Perubahan yang berlaku ini menurut Castell
(2000) merupakan satu bentuk trasformasi ke atas masyarakat kontemporari di
seluruh dunia dan ia dikenali sebagai masyarakat rangkaian. Struktur sosial di
dalam masyarakat rangkaian adalah berasaskan kepada rangkaian yang dioperasikan
oleh ICT (Castell & Cardoso 2005). Rangkaian-rangkaian ini dioperasikan
oleh microelectronics dan rangkaian komputer digital yang menghasilkan,
memproses dan menyebarkan maklumat berasaskan maklumat yang dikumpul melalui
perkongsian pengetahuan di dalam rangkaian. Rangkaian berfungsi sebagai
struktur formal di dalam dunia (Monge&Contractor 2003). Ia juga merupakan
satu bentuk sistem yang menghubungkan antara satu struktur dengan struktur yang
lain seperti rangkaian yang berasaskan ekonomi seperti perniagaan atas talian
dan struktur yang berasaskan sosial seperti Facebook. ICT telah menjadi
pemangkin untuk membuatkan proses globalisasi bertambah pantas. Internet dan
kemajuan teknologi komunikasi yang lain telah melahirkan dunia maya untuk
manusia terus berinteraksi di samping dunia nyata. Masyarakat rangkaian turut
dimanisfestasikan menerusi transformasi interaksi sosial dalam kehidupan seharian
(Castell dan Cordoso 2005). Dalam konteks interaksi sosial, akibat dari
kemajuan ICT ini telah mewujudkan satu bentuk komunikasi yang baru iaitu di
panggil Media Sosial. Sosial media adalah suatu media untuk interaksi sosial,
sebagai superset melampaui komunikasi sosial. Yang dimana diaktifkan dengan 10
teknik komunikasi ubiquitously diakses dan terukur, media sosial secara
substansial mengubah cara komunikasi antara organisasi, masyarakat, serta
individu. Laman jaringan sosial digunakan dengan meluas oleh pelbagai kumpulan
pengguna seperti ahli akademik, ahli politik, organisasi korporat, agensi
kerajaan, pelajar, dan sebagainya untuk pelbagai tujuan seperti perniagaan,
pengajaran dan pembelajaran, ideologi politik, komunikasi, perhubungan awam dan
alat periklanan. Jenis sosial media yang popular digunakan adalah seperti blog,
facebook,e-mail, tweeter, sms dan sebagainya. Pada waktu ini seseorang yang
sedang berada di Antartika misalnya mampu berkomunikasi secara real time
(bersemuka) dengan seorang di Kuala Lumpur melalui perisian Skype yang juga
merupakan salah satu jenis sosial media.
2.2 Perubahan Sistem Ekonomi dalam Masyarakat Kehidupan yang serba
moden kini banyak dipengaruhi oleh peranan sistem ekonomi Malaysia yang efisien
di mana ia membolehkan masyarakat menikmati pembangunan dan kekayaan yang
dijana. Dengan peranan ICT, sistem ekonomi turut mengalami perubahan di mana
peluang pekerjaan banyak dibuka dan secara tidak langsung membuka dapat
menintkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia. Internet adalah salah satu cabang
di dalam teknologi maklumat yang bertindak sebagai pemangkin kepada sistem
ekonomi berasaskan pengetahuan atau dikenali sebagai K-Ekonomi. K-Ekonomi
adalah satu sistem di mana penghasilan dan pengeksploitasian pengetahuan
sebagai satu bahagian yang paling dominan bagi menjana kekayaan (Abdulai 2001).
Secara dasarnya, sistem ekonomi ini mempunyai dua prinsip asas iaitu
pengetahuan dan ICT. Pengetahuan dalam konteks K-Ekonomi adalah merujuk kepada
pengetahuan dan keupayaan menggunakan kreativiti untuk mencipta nilai baru dan
kekayaan di mana kekayaan diukur menerusi hasil daripada aplikasi kreatif
daripada pengetahuan seseorang (Tengku Azzman Shariffadeen 2001) manakala ICT
bertindak sebagai asas dan pemboleh ubah utama kepada K-Ekonomi (Manimaran
2002). Aplikasi K-Ekonomi turut memberi kesan kepada kedudukan dan nilai
pengetahuan dalam masyarakat, sifat produk yang digunakan oleh masyarakat dan
penghasilan pekerja berpengetahuan. Dahulu, dalam sistem ekonomi yang
berasaskan pertanian, kekayaan diukur 11 menerusi tanah dan hasil yang dijana
oleh tanah tersebut. Oleh itu, semakin banyak dan luas tanah yang dimiliki
semakin banyak hasil yang dikeluarkan dan semakin kaya seseorang itu.
Sebaliknya, dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, asas-asas ekonomi dahulu
telah diubahsuai dengan penambahan elemen iaitu pengetahuan. Kekayaan dalam
zaman ini tidak lagi diukur dengan luas tanah atau kuantiti, tetapi ia diukur
oleh satu nilai baru iaitu pengetahuan yang dapat diaplikasikan. Dalam
pertanian yang bercirikan K-Ekonomi sebagai contoh, pengetahuan boleh membantu
seseorang petani agar dapat melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih efektif
menerusi penggunaan bahan-bahan tanaman yang bermutu, memperbaiki kaedah
penanaman dan meluaskan saluran pemasaran hasil-hasil pertanian. Seterusnya
K-Ekonomi mampu untuk menghasilkan pekerja berpengetahuan. Masyarakat dalam
sistem K-Ekonomi merupakan sebuah masyarakat yang sentiasa aktif dengan
aktiviti pengetahuan dan pembelajaran. Di dalam persekitaran masyarakat yang
aktif dengan pengetahuan dan pembelajaran, pengetahuan baru dan aplikasi
pengetahuan adalah asas kepada pembangunan ekonomi yang baik dan seterusnya
dapat memberi impak kepada aktiviti sosial di dalam masyarakat (Abdulai 2001).
2.3 ICT dan Aktiviti Perancangan
Pembangunan Negara Aktiviti perancangan banyak melibatkan penggunaan tanah dan
kajian tentng bagaimana pelbagai jenis guna tanah berkait antara satu sama
lain. Data-data yang mempunyai rujukan ruang, bersama-sama dengan data
sosio-ekonomi, seperti data-data banci penduduk dan persekitaran dapat
memberikan maklumat yang maklumat yang bermakna untuk jururancang dan pengubal
keputusan pembangunan. Keperluan kepada data dan maklumat ini memerlukan tempat
penyimpanan yang mudah dikenalpasti dan mudah diperolehi dalam tempoh yang
singkat. Dalam penyediaan rancangan ini, Bell (1979) pernah menyarankan bahawa
“perancangan yang baik akan dapat dicapai melalui maklumat yang baik dan
maklumat yang baik seharusnya datang dari sistem maklumat yang mantap”. Pihak
berkuasa tempatan (PBT) mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan penyediaan
infrastruktur yang berkesan, penyediaan perkhidmatan untuk pembangunan sumber
manusia, mempertingkatkan produktiviti dan menaik taraf kehidupan penduduk dan
mengawal perkhidmatan persendirian/swasta yang mempengaruhi kebajikan
masyarakat dan kesihatan dan 12 keselamatan penduduk kawasan bandar, serta
penyediaan perkhidmatan dan kemudahan asas yang menyokong aktiviti yang
produktif serta membolehkan projek persendirian beroperasi secara efektif. PBT
haruslah memastikan untuk mengekalkan keselesaan, kemudahan, menjaga dan
melindungi alam semula jadi serta kawasan pembangunan, dalam melaksanakan
pembangunan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi dan menghasilkan kesan
yang terhad atau secara global. Bagi mencapai pembangunan mampan pihak kerajaan
harus mempunyai pendekatan yang lebih efisen dimana mereka bertanggungjawab
mengawal dan memantau keadaan bandar, disamping perlu mengambil kira keperluan
penduduk masa hadapan. Dalam dunia global, kebanyakan fungsi pentadbiran di
bandar mahupun di kawasan luar bandar disediakan berdasarkan ICT yang mana
fungsinya adalah untuk membantu bahagian penyimpanan seperti data infrastruktur
dan populasi, pengurusan data secara automatik seperti bayaran upahdan ,
bayaran cukai dan pengurusan pembangunan, meningkatkan aliran maklumat antara
organisasi, memantau kemudahan pengangkutan terhadap taburan penduduk dan
perumahan dan meningkatkan capaian data melalui pembangunan web yang
membolehkan sebahagian masyarakat dimaklumkan mengenai isu perancangan dan
pembangunan. Potensi penggunaan ICT dalam pengurusan pentadbiran lebih mudah
dan pantas. Perubahan konsep dan penggunaan ICT amat berkait rapat dengan
perubahan kedudukannya dalam organisasi awam dan swasta. Di tahun 1960an,
teknologi ini hanya menumpukan pemprosesan data. Dalam tahun 1970an
penekanannya berubah daripada data kepada bentuk maklumat. Pendekatan
pemprosesan data berpindah kepada Sistem Pengurusan Maklumat (MIS) yang
dihubungkaitkan dengan Sistem Maklumat Bandar (UIS), Sistem Maklumat Geografi
(GIS) dan Sistem Maklumat Tanah (LIS). Pada tahun 1980an MIS berubah kepada
pengetahuan yang dapat membantu pihak pentadbiran membuat keputusan dengan
menggunakan kebolehan pemodelan yang analitikal. Tahun 1990an melihat
perkembangan Sistem Keputusan Perancangan (PSS). PSS dijana dengan
mengambilkira rekabentuk yang menyeluruh, interaksi sosial dan keupayaan
komunikasi antara individu dan perdebatan komuniti. 13 Di Malaysia, penggunaan
GIS di sekitar tahun 1990an telah meningkatkan rasionaliti dalam proses menjana
keputusan perancangan yang lebih baik dalam perancangan bandar dan kawalan
pembangunan bandar dan wilayah. Kejayaaan pelaksanaan GIS dalam perancangan dan
pemantauan pembangunan bandar dan wilayah kerana wujudnya penyediaan pangkalan
data, analisis ruang dan paparan data GIS untuk tujuan perancangan dan
pembangunan spatial. Keperluan kepada GIS adalah dengan adanya pembangunan
pangkalan data, model analisis dan pembangunan perkakasan, perisian dan sumber
manusia (Ahris Yaakob 2004). Selaras dengan globalisasi masa kini, aplikasi GIS
telah digunakan dalam konsep pembangunan pasca Bandar pintar melalui konsep
Ubiquitous City (U-City). Konsep Pembangunan Ubiquitous City ini merupakan
konsep baru yang berasaskan teknologi di mana ianya menekankan aspek integrasi
di antara hubungan manusia dan komputer berbanding konsep tradisional bandar
lama yang lebih memberi fokus kepada seni gaya hidup masyarakat terdahulu.
Melalui konsep ini, daya saing bandar dapat dipertingkatkan dengan teknologi
tinggi yang membawa pengurusan bandar ke arah lebih cekap dan efisyen. Secara
khususnya, konsep ini memberi penekanan kepada 4 aspek penting iaitu
keselesaan, kesihatan, keselamatan dan kebersihan. Setiap aspek ini menawarkan
pelbagai perkhidmatan mengikut kategori tersendiri dengan disokong oleh
pembangunan infrastruktur yang relevan. Penggunaan teknologi maklumat juga
memberi kesan yang signifikan kepada peranan dan konsep keruangan dalam
pembangunan. Ruang yang sebelum ini bertindak sebagai pemisah yang menempatkan
negara mengikut blok dan sistem ekonomi yang menghasilkan jurang yang besar,
semakin hilang pengaruhnya dan semakin mengecil. Sokongan daripada teknologi
maklumat membolehkan kumpulan negara membangun bangkit menyaingi negara-negara
maju manakala kumpulan negara miskin pula semakin aktif untuk membebaskan diri
dari belenggu kemiskinan. Henry Lefebvre di dalam penulisannya ‘The production
of space (1974) melihat ruang sebagai satu komponen fizikal (alam sekitar),
tanggapan (fikiran) dan sosial (lanskap budaya) yang mempunyai nilai tersendiri
yang saling bersaing dan saling berinteraksi di antara satu sama lain yang
perlu disatukan bagi tujuan pembentukan ruang di sesebuah kawasan. Menjelang
akhir abad ke-20 konsep ruang mengalami perubahan dengan kemunculan “State Mode
of Production (SMP)” yang mana memperlihatkan kesan daripada kemunculan sistem
ekonomi kapitalis yang didokong oleh globalisasi yang membuatkan semua negara
(ruang) di 14 dunia berusaha untuk menguasai secara politik / ekonomi bagi
memberi laluan kepada golongan pemodal dan pelabur (kapitalis). Kemunculan
teknologi maklumat turut membawa kesan besar ke atas penggunaan ruang di
bandar. Permintaan ke atas ruang-ruang perniagaan di bandar semakin berkurang
dengan adanya kemudahan perniagaan atas talian yang mampu memberikan
perkhidmatan yang lebih berkesan dengan kos yang lebih menjimatkan. Saiz ruang
yang diperlukan juga semakin mengecil. Semua urusan dan transaksi dijalankan
secara atas talian tanpa had dari segi masa, ruang dan keadaan. Antara contoh
perkhidmatan perniagaan atas talian termasuklah ‘e-commerce’ dan ‘e-banking’.
Melalui kaedah ini, bayaran sewa untuk ruang perniagaan dibandar dapat dibayar
pada kadar yang minimum seterusnya mengurangkan kos pengeluaran. Ianya juga
disokong oleh sistem pasaran bebas ketika ini yang membenarkan sesiapa sahaja
untuk bersaing di dalam pasaran global.
2.4 ICT Turut Mempengaruhi Budaya Globalisasi adalah suatu penyatuan
masyarakat dunia dari segi gaya hidup, orientasi, dan budaya. Ledakan budaya
hasil daripada proses globalisasi telah mewujudkan perubahan yang drastik dalam
pemikiran, amalan, cara hidup, hasil karya, akal budi, kelakuan,penciptaan,
kebendaan, kehidupan, dan banyak lagi dalam kalangan masyarakat.Globalisasi
bukan sahaja membawa pembaharuan dalam bidang perolehan maklumat dan
pengetahuan melalui ICT akan tetapi telah menjadi medan untuk pihak Barat
mengeksport keluar budaya hidup mereka seperti budaya hedonisme, sekularisme
dan religious-pluralisme yang bukan merupakan budaya kita. Dari segi bahasa,
era ICT telah menjadikan bahasa Inggeris berkembang secara pesat dan di gunakan
secara global dalam urusan seharian baik di peringkat global dan lokal.Ini
kerana bagi mengendalikan urusan-urusan melibatkan ICT, ianya banyak
dikendalikan dalam penggunaan bahasa Inggeris. Fenomena ini melanda masyarakat
di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi
ICT. Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan
peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan
turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya
dalam menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global. Menerusi ICT, 15
unsur-unsur budaya itu dihasilkan untuk diminati dan dihayati secara bersama,
dan dengan ini menyatakan penerimaan atau pengesahan masyarakat untuk dikongsi
bersama.Majoriti penduduk atau anggota-anggota masyarakat itu terdiri daripada
golongan muda, termasuk golongan remaja. Sesuatu unsur budaya itu selalunya
merupakan fenomenoa popular di kalangan golongan itu, dan ini selalu dirujuk
sebagai budaya muda mudi. Biasanya pengusaha budaya popular itu menumpukan
sasaran penawaran bahan-bahan budaya itu kepada golongan muda mudi itu. Walau
bagaimanapun budaya popular berkembang dan tersebar secara meluas meliputi
semua golongan dan kelompok sosial, tidak terbatas di kalangan kelompok
itu.Budaya massa itu selalu dirujuk sebagai unsur-unsur budaya yang disalurkan
melalui media massa, seperti media cetak dan media elektronik. Tetapi budaya
massa itu, yang tersebar meluas melalui media popular turut diminati ramai dan
menjadi sebahagian daripada budaya popular. Walau bagaimanapun, tidak dapat
dinafikan lagi, peranan media massa itu amat penting dalam membina fenomenon
budaya popular. Malahan, teknologi media massa itu mendorongkan kepesatan
perkembangan budaya popular. Budaya popular sebagai fenomena budaya memainkan
peranan penting dalam menggalakkan dinamiknya budaya itu, dan seterusnya
mempengaruhi kedudukan peradaban sesuatu masyarakat itu. Terdapat anggapan
sesetengah pihak yang memandang rendah dan mengaitkan penyebaran bahan-bahan
budaya popular itu dengan peningkatan masalah sosial terutama di kalangan
remaja. Selain itu, terdapat pula anggapan yang mengaitkan budaya popular
dengan rendahnya penghayatan nilai-nilai seni dalam masyarakat.Fenomena budaya
popular itu berbagai-bagai, adakala berasaskan kepada keperluan asas. Dalam
masyarakat moden kini kita dapati keperluan-keperluan asas itu juga semakin
bertambah bergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya,
pakaian sebagai keperluan asas, orang ramai mendapatkan pakaian umumnya kurang
menitikberatkan lagi tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina
masa lalu. Tetapi kini orang berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan
kepada fesyen, mutu dan kecantikan. Unsur-unsur fesyen dan jenama selalu
menjadi pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini lebih menekankan kepada
keperluan sosial. Keperluan individu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh
keperluan sosial. Dalam keadaan ini, budaya popular yang terbina adalah
berasaskan kepada citarasa golongan majoriti yang mempengaruhi individu.
Kedua-dua pihak iaitu individu 16 dan masyarakat saling mempengaruhi. Individu
sebagai anggota masyarakat adakala dapat memainkan peranan mempengaruhi
citarasa anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat.Generasi muda
khasnya kerapkali memandang rendah terhadap warisan budaya rakyat berbanding
dengan budaya popular moden.. Warisan tradisi itu dianggap mempunyai
nilai-nilai yang rendah dan kurang fungsi dalam masyarakat moden. Sebaliknya
penghasilan seni popular terutama dari negara-negara maju diberikan nilai
tinggi. Nilai-nilai sosial demikian dipengaruhi oleh budaya barat melalui media
massa serta teknologi ICT ini telah dapat diterima secara meluas oleh penduduk
negara ini. Berasaskan kepada nilai-nilai sosial seperti ini, hasilhasil
lokalkurang mendapat perhatian ramai. Pandangan demikian mempengaruhi nilai-nilai
sosial penduduk tempatan secara meluas. Barang-barang yang diimport dari
negara-negara maju, terutama dari barat sentiasa diberi nilai tinggi. Berikutan
dengan ini maka barang-barang yang diimport selalu berharga lebih tinggi
berbanding dengan barang-barang tempatan. Sesebuah Negara perlu mengambil kira
dan mengkaji agar kebanjiran akses ini dapat memajukan pemikiran rakyat,
bukannya sebaliknya. Selain itu juga, kebanjiran akses ini memerlukan
pemantauan agar segala transformasi yang berlakudalam aspek budaya berjalan
seperti yang dirancang. Perubahan kepadakebudayaan di juga dikhuatiri melapisi
kebudayaankebudayaan warisan,mengakibatkan generasi yang seterusnya tidak dapat
merasai keindahan budaya warisan.
2.5 Pendidikan Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan
adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama
ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di
Malaysia dalam era globalisasi. Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat
Malaysia seperti bidang perubatan yang dapat memberikan maklumat berkenaan
makanan berkhasiat dan senaman yang betul. Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat
Malaysia berilmu pengetahuan yang luas. Globalisasi juga telah mendatangkan
ledakan maklumat yang telah membawa kepada beberapa bentuk pemikiran Barat yang
bercanggah dengan pegangan Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk Malaysia.
Sebagai contoh idea-idea post-modernisme, 17 deconstructionalisme dan
sebagainya, yang menular masuk melalui dasar langit terbuka (Mohd. Yusuf Hassan
2002). Era teknologi siber juga telah berubah pendekatan pembelajaran yang mana
pembelajaran secara tidak formal ini sedikit demi sedikit akan mengubah peranan
pengajar seperti guru, pensyarah dan sebagainya. Teknik-teknik pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat 'Iangit terbuka' melalui perisian multimedia,
internet, e-mel, audio-video, tele conferencing dan sebagainya. Para pendidik
masa kini perlu menguasai sekurang-kurangnya dalam kemahiran generik iaitu
seperti kemahiran pemudahcaraan, kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan
reflektif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksirkan dan menilai dan kemahiran
infotek. Dalam era siber, kurikulum yang menekankan kepada penguasaan
kemahiran-kemahiran generik atau bolehguna seperti kemahiran berkomunikasi
secara berkesan, kemahiran bergaul danbekerja dengan orang lain dan secara
berkumpulan, kemahiran berfikir, kemahiran mengikut arahan, kemahiran
menggunakan teknologi, kemahiran memahami budaya seperti ICbudaya kerja di
sesuatu tempat adalah perlu. Ia penting kerana apabila para pelajar memasuki
alam pekerjaan ia dapat membantu mereka menjadi tenaga kerja yang mahir, cekap
serta yang paling utama adalah pekerja yang berpengetahuan dan bermaklumat.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,
tidak dapat dinafikan bahawa ICT merupakan pemangkin utama di dalam
globalisasi. Perkembangan ICT secara tidak lansung banyak mempengaruhi
kehidupan masyarakat Malaysia masa kini. Ia merupakan satu perkara yang tidak
dapat dielakkan memandangkan negara kita amat memerlukan ICT sebagai salah satu
asas kepada pembangunan negara. Pengaruh ICT dalam kehidupan telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan
dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Pengaruh ini dalam masyarakat telah
melampaui segenap aspek kehidupan iaitu bermula daripada pengaruh ICT kepada
sistem ekonomi sehinggalah kepada pengaruhnya terhadap budaya dan nilai dalam
masyarakat. 18 ICT telah menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sistem ekonomi
global. Sistem ekonomi yang dikenali sebagai K-Ekonomi telah menjadi sistem
yang tidak dapat dielakkan kini. Terdapat perubahan ketara terutamanya
berkaitan jurang digital dan kedudukan nilai pengetahuan dalam komuniti
memandangkan tidak semua lapisan masyarakat mampu untuk mendapatkan
perkhidmatan internet misalnya kerana kos yang tinggi dan akses kepada isyarat
yang terhad terutama mereka yang tinggal di luar bandar. Seharusnya, masyarakat
mengambil kesempatan di atas sumbangan positif yang dapat dijana daripada
pembangunan ICT yang dilakukan. Kenyataan oleh Castell (2005) iaitu ‘society
shapes technology according to the needs, values and interests of people who
use the technology’ perlu menjadi asas kepada penggunaan ICT yang lebih
efektif. Pihak berkuasa juga perlu lebih proaktif di dalam menyediakan prosedur
dan peraturan bagi memantau perkembangan teknologi maklumat agar masyarakat
tidak bebas untuk menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.
Alat komunikasi merupakan satu aset yang penting dalam kehidupan manusia
pada zaman kini. Pembangunan sains dan teknologi membolehkan negara maju
sepenuhnya di mana semua warganegara hidup dalam keadaan aman, selesa, bersih
dan moden yang merupakan wawasan hidup masyarakat abad ke-21. Hasil penerokaan
dalam teknologi moden telah memberi kemudahan terhadap manusia untuk berhubung
dan menyebarkan maklumat dengan pantas dan mudah ke seluruh dunia. Sistem media
masa di pelopori oleh kuasa Barat di dalam penyiaran maklumat terkini. Pengaruh
media Barat yang luas telah menimbulkan kesan-kesan yang positif dan negatif
terhadap pelbagai golongan masyarakat dunia yang terdiri daripada pelbagai
bangsa, budaya dan agama.
Punca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan
modenisasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan
pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi bukan saja didominasi
oleh ekonomi tetapi juga merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan
kota (city culture) menurut landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan
agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai medan yang amat
berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.
- Media
Barat banyak memainkan peranan di dalam memberikan pengaruh terhadap
masyarakat dunia tanpa batasan sama ada sosial, budaya, bangsa dan agama
dalam menyalurkan nilai-nilai Barat terhadap masyarakat dunia terutamanya
golongan remaja dengan unsur-unsur perilaku negatif.
- Sifat
ingin tahu manusia turut menyumbang kepada pengaruh dan mengikut arah
aliran Barat, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan
rambut, memakai anting-anting atau tatu dan masalah gejala sosial yang
lebih serius.
- Belia
menjadi semakin individualistik dan materialistik. Gaya hidup moden juga
menjadikan sebilangan masyarakat mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan
dan bermasyarakat. Contoh tradisi yang semakin pupus yang boleh dilihat
ialah dalam urusan kenduri-kendara. Mayarakat kini lebih menggunakan
katering, manakala peralatan sama ada disewa atau dibeli. Kebanyakan
masyarakat ketika ini juga bersikap 'materialistik' untuk mengejar
kemewahan dan kesenangan hidup.
- Media
Massa - Media massa merupakan sumber maklumat yg cukup berkesan dalam
penyebaran berbagai informasi. Melaluinya, golongan belia mudah terdedah
kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai
untuk semua peringkat umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan
belia mudah meniru dan menuruti hal yang dilihat di sekeliling mereka
seperti paparan adegan-adegan negatif dari filem barat.
- Internet
- Melalui internet, masyarakat akan lebih mudah terpengaruh dengan
maklumat-maklumat yang terdapat dalam internet yang boleh menjurus ke arah
pemikiran negatif.
- Institusi
Kekeluargaan Yang Goyah - Dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap
kerjaya mereka, masa yang diluangkan untuk keluarga sangat terhad. Ini
akan membuat anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil
mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kekurangan kasih sayang.
- Cara
Berpakaian - Pakaian golongan muda kini cukup memalukan dan bertentangan
dengan cara berpakaian adat Timur. Ini sekali gus bertentangan dengan cara
pemakaian yang digariskan Islam.
Namun begitu, kemajuan
dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga turut menyumbang kepada
pelbagai kebaikan dan memberi kesan yang positif seperti
:
- Menjadikan teknologi maklumat
sebagai medium dan saluran untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia ke peringkat
antarabangsa.
- Menyedarkan dan menggerakkan
belia ke arah memanfaatkan teknologi maklumat yang kian berkembang maju.
- Memperlengkapkan belia-belia
yang bakal menjadi pemimpin dengan input-input yang berkaitan dengan
teknologi maklumat dan kesan terhadap bahasa kebangsaan dan budaya
nasional.
- Mendekatkan dunia dengan banyak
cara perdagangan yang luas, liberalisasi pasaran, teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), pergerakan merentas sempadan yang semakin bebas dan
rangkaian media global yang merebak.
- Interaksi antara negara dan
masyarakat juga semakin kerap dan melebar berbanding dahulu.
- Teknologi Informasi dan
Komunikasi (ICT) berperanan penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan
negara.
Oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya untuk menolak sebarang bentuk
teori atau pandangan yang berbentuk andaian atau agakan yang tidak tepat, tidak
logik dan bertentangan dengan kefahaman umum. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini-sebab kejahilan kamu mengenainya-sehingga menyebabkan kamu
menyesali apa yang telah dilakukan.” (Surah al-Hujarat, 49: 6)
RUJUKAN
1) Abdul Rahman Embong. 2000. Wacana Globalisasi. Dlm. Norani
Othman & Sumit K. Mandal (pnyt.). Malaysia Menangani Globalisasi Peserta
Atau Mangsa, hlm. 46-70. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
2) Abdulai, D. N. 2001.
Malaysia and the K-Economy: Challenges, Solutions and the Road Ahead. Selagor:
Pelanduk Paublication.
3) Ahris Yaakob. 2004. Sistem Maklumat Perancangan Bandar Dan
Wilayah : Kronologi Pembangunan Dan Penggunaannya Jurnal Alam Bina 1(6).
4) Andersen, M. L. &
Taylor, H. F. 2013. The Essentials Sociology. United States of America:
5) Wadsworth. Bell, D. 1979.
The Social Framework of the Information Society. Dlm. Forrester, T. (pnyt.).
The Microelectronics Revolution, hlm. United States of America: Blackwell.
6) Castells, M. 2000. The Rise of the Network Society. Oxford:
Blackwell.
7) Castells, M. & Cardoso, G. 2005. The Network Society: From
Knowledge to Policy. Washington, USA: Center for Transatlantic Relations.
8) Dissanayake, W. 1983.
Communication in the Cultural Traditions of India. Media Development 30(1):
28-30.
9) Habibah Lehar. 2008. The
Malaysian Economy: Past and Present. Universiti Teknologi MARA Shah Alam:
University Publication Cetre (UPENA).
10) Harshita Aini Haroon. 2004. Globalisasi Bahasa: Antara Realiti
Dan Imaginasi. Dlm. Mohd Azizuddin Mohd Sani (pnyt.). Globalisasi Dalam
Perspektif, Isu Dan Cabaran, hlm. Selangor: IBS Buku SdnBhd.
11) Jones, P. 2003. Introducing Social Theory. United Kingdom:
Polity Press. Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. 2014.
Introduction to the National Information Technology Council (Nitc) of Malaysia.
http://nitc.kkmm.gov.my/index.php/the-national-it-council [20 Disember].
12) Lefebvre, H. 1974. The Production of Space. Dlm. The Linked
World. 2011. Research Report: How Ict Is Transforming Societies, Cultures, and
Economies. www.conferenceboard.org [November]. 20 Macionis, J. & Plummer,
K. 2008. Sociology: A Global Introduction. London: Pearson Prentice Hall.
13) Manimaran, G. 2002. Pendidikan Sepanjang Hayat Kunci K-Ekonomi.
Utusan Malaysia, 12 September 2002.
14) Mittelman, J. H. 1996. Globalization: Critical Reflections.
Boulder, Co: LynneRienner.
15) Mohd. Yusuf Hassan. 2002. Paradigma Pemikiran Dalam Epistimologi
Melayu. Dlm. Asmah Haji Omar (pnyt.).
16) The Genius of Malay Civilisation.Tanjung Malim, Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Monge, P. R. & Contractor, N. 2003.
17) Theories of Communication Networks. New York: Oxford University
Press. Schramm, W. 1988.
18) The Story of Human Communication: Cave Painting to Microchip.
New York: Harpercollins College. Taufiq Hail. 2012.
19) Ict Development in
Malaysian: Ict Infrastructure & Services. http://www.academia.edu/9400459/ICT_in_MALASIA
[12 November]. Tengku Azzman Shariffadeen. 2001.
20) Get Set for the K-Economy. The Star, 25 April 2001. The Linked
World. 2011. Research Report: How Ict Is Transforming Societies, Cultures, and
Economies. www.conferenceboard.org [November]. Toffler, A. 1990.
21) Powershift. New York:
Bantam Books. Unit Perancang Ekonomi. 2012. Rancangan Malaysia Ke Sepuluh.
22) www.epu.gov.my:http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/rm9/english/Chapter5.p
df Waters, M. 1995. Globalization. London & New York: Routledge
Subscribe to:
Posts (Atom)