Thursday, February 9, 2017

Resipi Onde-Onde

1-  Resepi Onde-Onde dari DapurMalaysia

Hidangan ini untuk 5,6 orang.

Bahan-Bahannya :-

500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. 

Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
Siap untuk dimakan.



2- Resepi Kuih Buah Melaka atau Onde-Onde Warna-warni (pancawarna) dari Kak Rose

Bahan-bahannya :-

3 cawan tepung pulut (kak rose guna 3/4 cup for every kaler n bancuh asing2)
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, kuning dan merah (kak rose tambah warna oren n biru)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering (kak rose guna fresh kelapa)
sedikit garam

Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment