Friday, November 4, 2016

AISKRIM MUDAH,MURAH DAN SEDAP

Apa yang menariknya semasa saya mula mencari resepi aiskrim, saya dapati di Malaysia ini sebenarnya terdapat pelbagai jenis aiskrim yang boleh dinikmati. Dari aiskrim komersil biasa sehingga aiskrim yang tradisional. Antara aiskrim-aiskrim yang boleh didapati di Malaysia adalah:
  1. Aiskrim Komesil (Eg: Walls, Baskin Robbin dll.)
  2. Aiskrim Kon
  3. Aiskrim Malaysia
  4. Aiskrim Goyang
  5. Aiskrim Pasu
  6. Aiskrim Goreng
  7. Aiskrim Gulung langkawi
Berbalik kepada bab cara nak buat aiskrim sendiri. Resepi ini saya dapat daripada pelbagai blog dan saya pilih yang paling senang untuk saya ikut.

1. Cara Buat Aiskrim Sendiri ala-ala Baskin Robbin.

Kalau nak beli aiskrim Baskin Robbin sangatlah mahal. Untuk buat aiskrim sendiri ini kita perlukan:

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
1 biji telur
Sedikit Essence Vanilla
1 sudu besar Ovalett / Emulsifier
Perasa yang dikehendaki (Contoh : Milo, strawberry dll.)

Cara buatnya:

Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalett dan esen vanilla ke dalam pengadun (mixer). Kemudian mix dalam masa 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi naik dan menjadi krim pekat. Kemudian campurkan dengan perasa yang kita mahukan. Nak perasa coklat boleh tambah milo atau vico sikit. Selepas itu kacau campuran krim dan milo sehingga sebati.

Dah sebati, masukkan dalam bekas dan masukkan dalam freezer sehingga keras. Siap!




2. Cara Buat Aiskrim Kon

Ok, secara asasnya sama sahaja caranya nak buat aiskrim seperti resepi di atas. Cuma yang membezakannya adalah di makan dengan kon aiskrim ;-)

3. Cara Buat Aiskrim Malaysia

Masa saya kecil dulu ramai orang yang menjual aiskrim Malaysia sama ada di kedai ataupun dijual di rumah. Cara buat aiskrim Malaysia juga sangat mudah. Cuma perlukan plastik yang berbentuk panjang tu. Perasa juga boleh diolah mengikut kegemaran masing-masing.

Tetapi ramai yang ada masalah dengan tekstur aiskrim Malaysia kerana jika salah buat aiskrim anda akan keras seperti ais dan tidak seperti aiskrim. Di bawah saya kongsikan cara buat aiskrim Malaysia perisa asam boi dan nanas.

Bahan-bahan :

1. Air Masak
2. Gula secukup rasa
3. Nanas yang sudah di kopek / Asam boi merah
4. Plastik aiskrim

Cara buatnya:

Masukkan air masak ke dalam periuk dan gula. Masak gula sehingga larut. Matikan api dan masukkan perisa seperti asam boi. Jika nak buat ais krim nanas, masukkan dan masak sekali nanas ke dalam periuk berisi air dan gula yang dah larut tadi. Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan ke dalam jag untuk memudahkan kita nak masukkan ke dalam plastik aiskrim. Dah siap masukkan dalam plastik aiskrim, bolehlah dimasukkan ke dalam freezer.

Rahsia untuk dapat aiskrim malaysia yang lembut adalah dengan memasak air dan gula sehingga larut terlebih dahulu sebelum dimasukkan perisa. Jika kita hanya membancuh gula dengan air sejuk, berkemungkinan besar aiskrim kita akan keras seperti ais.

No comments:

Post a Comment