Alat
komunikasi merupakan satu aset yang penting dalam kehidupan manusia pada zaman
kini. Pembangunan sains dan teknologi membolehkan negara maju sepenuhnya di
mana semua warganegara hidup dalam keadaan aman, selesa, bersih dan moden yang
merupakan wawasan hidup masyarakat abad ke-21. Hasil penerokaan dalam teknologi
moden telah memberi kemudahan terhadap manusia untuk berhubung dan menyebarkan
maklumat dengan pantas dan mudah ke seluruh dunia. Sistem media masa di
pelopori oleh kuasa Barat di dalam penyiaran maklumat terkini. Pengaruh media
Barat yang luas telah menimbulkan kesan-kesan yang positif dan negatif terhadap
pelbagai golongan masyarakat dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa,
budaya dan agama.
Punca-punca
utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenisasi.
Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus
global yang digelar globalisasi. Globalisasi bukan saja didominasi oleh ekonomi
tetapi juga merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city
culture) menurut landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan
adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai medan yang amat berkesan untuk
melakukan agenda globalisasi.
·
Media Barat
banyak memainkan peranan di dalam memberikan pengaruh terhadap masyarakat dunia
tanpa batasan sama ada sosial, budaya, bangsa dan agama dalam menyalurkan
nilai-nilai Barat terhadap masyarakat dunia terutamanya golongan remaja dengan
unsur-unsur perilaku negatif.
·
Sifat ingin
tahu manusia turut menyumbang kepada pengaruh dan mengikut arah aliran Barat,
terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai
anting-anting atau tatu dan masalah gejala sosial yang lebih serius.
·
Belia menjadi
semakin individualistik dan materialistik. Gaya hidup moden juga menjadikan
sebilangan masyarakat mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan
bermasyarakat. Contoh tradisi yang semakin pupus yang boleh dilihat ialah dalam
urusan kenduri-kendara. Mayarakat kini lebih menggunakan katering, manakala
peralatan sama ada disewa atau dibeli. Kebanyakan masyarakat ketika ini juga
bersikap 'materialistik' untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup.
·
Media Massa -
Media massa merupakan sumber maklumat yg cukup berkesan dalam penyebaran
berbagai informasi. Melaluinya, golongan belia mudah terdedah kepada banyak
maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk semua peringkat
umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan
menuruti hal yang dilihat di sekeliling mereka seperti paparan adegan-adegan
negatif dari filem barat.
·
Internet -
Melalui internet, masyarakat akan lebih mudah terpengaruh dengan
maklumat-maklumat yang terdapat dalam internet yang boleh menjurus ke arah
pemikiran negatif.
·
Institusi
Kekeluargaan Yang Goyah - Dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap
kerjaya mereka, masa yang diluangkan untuk keluarga sangat terhad. Ini akan
membuat anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan
mencari alternatif lain untuk mengisi kekurangan kasih sayang.
·
Cara Berpakaian
- Pakaian golongan muda kini cukup memalukan dan bertentangan dengan cara
berpakaian adat Timur. Ini sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang
digariskan Islam.
Namun
begitu, kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga turut
menyumbang kepada pelbagai kebaikan dan memberi kesan yang positif seperti :
·
Menjadikan
teknologi maklumat sebagai medium dan saluran untuk mendaulatkan Bahasa
Malaysia ke peringkat antarabangsa.
·
Menyedarkan dan
menggerakkan belia ke arah memanfaatkan teknologi maklumat yang kian berkembang
maju.
·
Memperlengkapkan
belia-belia yang bakal menjadi pemimpin dengan input-input yang berkaitan
dengan teknologi maklumat dan kesan terhadap bahasa kebangsaan dan budaya
nasional.
·
Mendekatkan
dunia dengan banyak cara perdagangan yang luas, liberalisasi pasaran, teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), pergerakan merentas sempadan yang semakin bebas
dan rangkaian media global yang merebak.
·
Interaksi
antara negara dan masyarakat juga semakin kerap dan melebar berbanding dahulu.
·
Teknologi
Informasi dan Komunikasi (ICT) berperanan penting bagi kemajuan sesebuah bangsa
dan negara.
Oleh itu, Islam amat menggalakkan
umatnya untuk menolak sebarang bentuk teori atau pandangan yang berbentuk
andaian atau agakan yang tidak tepat, tidak logik dan bertentangan dengan
kefahaman umum. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang
beriman jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-sebab kejahilan kamu
mengenainya-sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang telah dilakukan.”
(Surah al-Hujarat, 49: 6)